Syed Saddiq gila glamor?

Sebaran :

Syed Saddiq gila glamor?

Syed Saddiq gila glamor? Sampai bila Syed Saddiq?

BARU-baru ini tular sebuah video di media sosial mengenai Pak Cik Rahmat, seorang penduduk di Parit Jawa, Muar yang telah menunjukkan apa sebenar yang terjadi.

Bagi mereka yang tidak tahu, pada minggu lepas Ahli Parlimen Muar, iaitu Syed Saddiq, telah mengeluarkan beberapa paparan di media sosial beliau mengenai Pak Cik Rahmat – yang menunjukkan seolah-olah Pak Cik Rahmat dan ramai lagi sepertinya tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak berwajib.


Paparan Syed Saddiq di media sosial juga menunjukkan seolah-olah dialah orang yang pertama memberi sebarang pertolongan kepada Pak Cik Rahmat, walaupun Pak Cik Rahmat sendiri tidak pernah menyatakan sebegitu.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/1402579255557459969?s=21

Video terbaharu yang tular menunjukkan pengakuan oleh Pak Cik Rahmat bahawa Syed Saddiq hanya datang untuk jumpa dia dan mengambil nota sahaja, tanpa memberi ataupun menjanjikan sebarang bentuk bantuan kepadanya.


Sudah terang lagi bersuluh, ini semua hanyalah sebuah lagi sandiwara dari Syed Saddiq.

Carian di portal Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan Pak Cik Rahmat menerima bantuan bulanan sebanyak RM 300, dan juga ditempatkan oleh JKM di sebuah rumah PPRT yang dibina untuknya secara percuma. Kos bil air dan api juga ditanggung penuh oleh pihak berwajib. Perkara ini tidak pernah sekalipun dinafikan oleh Pak Cik Rahmat.

Mengapa Syed Saddiq bagai nak rak memperlekehkan golongan susah seperti Pak Cik Rahmat? Seharusnya beliau bekerjasama dengan pihak berwajib untuk memastikan orang seperti Pak Cik Rahmat diberikan bantuan yang sepatutnya, dan bukan hanya membuat andaian sendiri tanpa menyelidik perkara sebenar yang berlaku.

Sistem dan rangkaian sedia ada oleh JKM sudah memadai dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, mengapa Syed Saddiq ingin mengeruhkan keadaan?

Ini bukan kali pertama Syed Saddiq berbuat sedemikian. Sebelum ini beliau juga seringkali menjalankan pelbagai photo ops dengan warga susah di Muar yang semuanya dijadikan seolah-olah sebagai bahan prop beliau untuk dimuat naik ke media sosial.

Mungkin ini adalah cara Syed Saddiq untuk mengambil kesempatan dalam meraih populariti diri sendiri, dengan menggunakan kesusahan yang dialami oleh warga kurang mampu di Muar. Sememangnya kita semua patut rasa jijik terhadap sikap sebegini yang telah dipamerkan kepada satu Malaysia oleh Syed Saddiq.

Ya, betul memang tugas sebagai seorang wakil parlimen adalah untuk menolong orang-orang yang mendiami kawasan tersebut, namun kegelojohan Syed Saddiq dalam menjadikan ia sebagai sebuah isu viral hanya untuk meraih populariti murahan adalah amat tidak berpatutan, malah amat memalukan.

Sudah tentu orang-orang yang ditolong olehnya juga berasa malu jika mereka menjadi sebahagian daripada bahan viral Syed Saddiq. Mereka juga mempunyai maruah yang perlu dijaga, adakah Syed Saddiq begitu mementingkan diri sendiri sehinggakan beliau sanggup untuk mempergunakan golongan susah sebegitu?

Ramai yang sudah muak dengan sikap pentingkan diri sendiri Syed Saddiq, dan juga kerakusan populariti beliau yang seakan-akan seorang artis.

Sampai bila lagi, Syed Saddiq?

Dzulkarnain Othman
Guru

Syed Saddiq gila glamor?


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Syed Saddiq kena lagi dengan TMJ


Sebaran :

Leave a Reply