Resepi Ayam Goreng Masak Halia

Resepi Ayam Goreng Masak Halia

Resepi Ayam Goreng Masak Halia

Ayam goreng masak halia ini mudah saja nak buat tapi rasa dia memang padu. Rasa ayam yang rangup dan halia ini benar-benar meyelerakan. Makan pula dengan sambal belacan…..pergh. Jom masak.

Bahan bahan:

1 ekor ayam – dipotong kecil dan digoreng
Daun sup – hiasan

Bahan A:

6 biji bawang merah – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – ditumbuk kasar

Bahan B:

2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
Air secukupnya
Garam
Gula – jika suka

Bahan C:

1 inci halia – hiris panjang
1 biji bawang besar – hiris
2 biji cili merah – dibelah 2
2-3 biji cili padi – diketuk
Sedikit serbuk lada hitam biji

Cara cara:

Ayam dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak atau 90% masak. Jangan garing kerana mahu ayam yang masih juicy.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk ditumbuk sehingga naik bau dan bawang keperangan.

Ayam Goreng Masak Halia

Masukkan ayam, kicap, sos tiram, garam, gula dan sedikit air. Tutup kuali supaya ayam masak. Sesekali balikkan hingga ayam masak dan kuah agak kering.

Akhir sekali, masukkan hirisan halia, bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam. Kacau rata sehingga bawang layu dan boleh ditutup api.

Ayam Goreng Masak Halia

Tabur daun sup sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.

Azie Kitchen

Resepi Ayam Goreng Masak Halia


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Kari Ayam Kapitan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker