Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB

Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani dilantik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengetuai pasukan bertindak bagi “menyelesaikan” hal berkaitan skandal 1MDB.

Menurut Bloomberg, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan kritikan terhadap Putrajaya berkaitan penyelesaian USD2.5 bilion dengan Goldman Sachs berhubung skandal itu. Penyelesaian dengan bank pelaburan itu dicapai pada 2020, ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.



“Saya sendiri tidak bersetuju dengan keputusan lalu, yang terlalu ringan ketika persetujuan dicapai. Goldman Sachs mengaut untung di atas kesukaran dan derita kita,” kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat.

Pada 2020, kerajaan diterajui Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs melibatkan bank itu membayar kepada kerajaan USD2.5 bilion tunai dan menjamin pemulangan aset 1MDB bernilai USD.4 bilion yang disita pihak berkuasa di seluruh dunia.

Bulan lalu, Johari mendesak Putrajaya menyiasat peranan dimainkan pihak tertentu dalam penyelesaian Putrajaya dengan Goldman Sachs, sambil menyifatkan Malaysia mengalami kerugian dalam hal berkenaan.

Bekas menteri kewangan II itu, berkata Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama untuk tiga bon diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD6.5 bilion, memperoleh yuran USD606 juta dalam proses itu.



Johari berkata, sabitan jenayah terhadap dua bekas pegawai Goldman Sachs secara keseluruhannya merujuk berlaku perkara “dipersoalkan” dalam penyelesaian 1MDB.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu berkata, bekas pegawai Goldman Sachs seperti Tim Leissner dan Roger Ng, menjadi sebahagian daripada pengurusan kanan syarikat terbabit, sambil mempersoal pembabitan mereka dalam skandal 1MDB.

““Bagaimana boleh biar sahaja Goldman Sachs. Sedangkan ‘senior management’ Goldman Sachs terlibat dalam perkara ini”, katanya. FMT

Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker