Roti Tesco didakwa mengandungi dadah

Roti Tesco didakwa mengandungi dadah

Roti Tesco didakwa mengandungi dadah

ENGLAND: Seorang lelaki mendakwa dia gagal dalam ujian pengesanan dadah semasa temuduga kerja kerana makan roti yang diperbuat daripada biji popi.

Lapor Metro, bakal majikannya tidak menawarkan pekerjaan itu selepas keputusan ujian menunjukkan terdapat dadah jenis opium dalam badannya.

Namun, lelaki itu membantah dan menafikan dia mengambil dadah serta tidak menjalani sebarang rawatan perubatan yang menyebabkan keputusan positif.

Dia mendakwa dadah itu dikesan dari sandwich yang dimakannya sebelum temuduga.

Hidangan itu dibuat menggunakan roti jenama Tesco yang mempunyai biji popi yang ditaburkan di bahagian atas.

Bagaimanapun, jurnal perubatan menjelaskan adalah mustahil biji popi di roti menunjukkan kesan pengambilan dadah kerana tidak mengandungi opium.

Kakak kepada lelaki itu mengambil tindakan memuat naik kandungan ke dalam media sosial untuk memberi amaran kepada orang lain supaya mengelakkan beberapa jenis roti sekiranya akan mengambil ujian pengesanan dadah.

Roti Tesco didakwa mengandungi dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker