Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung 3 hari

Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung 3 hari

Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung 3 hari

Tempoh reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita, dilanjutkan selama tiga hari lagi hingga Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata sebelum ini, pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun itu direman selama empat hari sejak Rabu lepas.



“Perintah (sambung reman) itu dikeluarkan hari ini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Amni Johari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Khairuddin berkata sambungan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Mangsa berstatus janda berusia 27 tahun dan mempunyai dua orang anak ditangkap bersama bekas suaminya di rumahnya ketika serbuan oleh pegawai dan anggota BSJN IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

Katanya, susulan serbuan dan tangkapan itu, mangsa dan bekas suaminya telah direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.



“Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek yang juga polis di BSJN IPD Kota Bharu.

“Semasa berada di bilik tersebut, polis tersebut menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Khairuddin berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – Bernama

Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung 3 hari


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pesta seks, dadah jadi sambutan harijadi doktor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker