Rakyat dulu, baru ekonomi – pakar ekonomi Khazanah

Sebaran :

Rakyat dulu, baru ekonomi - pakar ekonomi Khazanah

Rakyat dulu, baru ekonomi – pakar ekonomi Khazanah

Seorang pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat di bawah perintah sekatan penuh yang kini dikuatkuasakan, terutama golongan yang pendapatannya terjejas.

Bercakap dalam forum maya anjuran Sunway Project for Asian and International Relations, Nicholas Khaw, Ketua Penyelidik Khazanah Nasional berkata, keutamaan kini patut diberikan terhadap rakyat berbanding ekonomi.

“Kita tidak patut terlalu bimbangkan ekonomi. Kita patut lebih risaukan rakyat,” katanya ketika forum bertajuk “Pandenomics: Global Economic Sentiment to Covid-19”.

Khaw berkata fokus utama adalah memastikan orang ramai masih mampu makan dan anak-anak mereka tetap mendapat pendidikan.

Menurutnya, ramai orang dan perniagaan yang menggunakan simpanan mereka untuk kelangsungan hidup ketika sekatan-sekatan diadakan sebelum ini berkemungkinan tidak lagi mampu berbuat demikian.

“Banyak mana boleh diambil daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang sebenarnya adalah tindakan meminjam daripada diri sendiri dan bukannya suntikan wang.

“Jika keadaan berterusan sebegini, saya berpendapat tidak penting sama ada ekonomi meleset atau tidak, kerana rakyat sendiri akan terjejas terlebih dulu.”

Kerajaan berulang kali didesak memberikan lebih banyak bantuan selain memperluas moratorium pinjaman untuk lebih banyak sektor bagi membantu orang ramai serta perniagaan menghadapi sekatan penuh yang terbaru dikuatkuasakan, malah dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 Jun.

Khaw berkata, satu punca Malaysia mudah terjejas akibat krisis ini adalah disebabkan sejumlah besar pekerjaan melibatkan perkhidmatan bukan perlu.

“Di Singapura, contohnya, mereka banyak berurusan dengan perkhidmatan kewangan dan perniagaan, jadi ramai yang boleh bekerja dari rumah.”

Di Malaysia, katanya, industri perkhidmatan kebanyakannya didominasi perkhidmatan tradisional, dengan subsektor makanan dan minuman yang paling utama.

“Apabila sektor bukan perlu ditutup dan tidak boleh bekerja dari rumah, itu yang mengakibatkan kesukaran untuk orang ramai.”

Disoal bila ekonomi boleh kembali ‘normal seperti dulu,’ Khaw berkata isu sebenar adalah sama ada Malaysia patut kembali ke arah itu.

Katanya, Covid-19 mendedahkan banyak isu termasuk ketaksamaan serta amalan kerja yang meragukan.

Khaw berkata, Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi bersamaan 2019 dengan mengulangi perkara sama, namun ini tidak semestinya perkara baik. FMT

Rakyat dulu, baru ekonomi – pakar ekonomi Khazanah

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pengelasan B40, M40 dah tak relevan – pakar ekonomi


Sebaran :

Leave a Reply