Dari Bas Ekspress Ke Bas PPV, Inisiatif Penuh Efisien Di Muar Ini Raih Pujian Orang Ramai
Dari Bas Ekspress Ke Bas PPV, Inisiatif Penuh Efisien Di Muar Ini Raih Pujian Orang Ramai
Bagi menyekat penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum mempunyai penawar lagi, pihak kerajaan telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mempergiatkan program vaksinasi negara untuk mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang Oktober nanti.
Terbaharu, tular satu hantaran menunjukkan sebuah bas telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Muar, Johor. Bas berwarna putih tersebut yang telah diubah suai pada bahagian dalamannya dan memuatkan beberapa para petugas untuk bergerak ke sesuatu lokasi untuk program vaksinasi penduduk setempat.
Menurut laman Facebook Pejabat Daerah Muar, PPV Bergerak ini merupakan hasil inisiatif inovatif oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar dengan kerjasama erat dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan disokong oleh Syarikat Bas Ekspress Mayang Sari.
Seramai 200 orang di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam telah menerima vaksin pada 9 Jun lalu dan akan diteruskan sehingga hari Ahad sebelum bersambung di Kompleks Mukim Sungai Balang.
Orang ramai memuji setiap pihak terlibat dalam menjayakan inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak PPV Bergerak akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi memudahkan penduduk di kawasan luar bandar mendapatkan vaksin. Sekaligus dapat mempercepatkan lagi imuniti kelompok negara.
Inisiatif ini dilihat bukan sahaja dapat memudahkan penduduk luar bandar bagi mendapatkan vaksin, bahkan sekaligus dapat membantu pengusaha-pengusaha bas ekspress meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.-TVC
Dari Bas Ekspress Ke Bas PPV, Inisiatif Penuh Efisien Di Muar Ini Raih Pujian Orang Ramai
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.