66 peratus bekas pesakit alami Long Covid



Sebaran :

PUTRAJAYA – Sebanyak 66 peratus daripada 1,004 pesakit Covid-19 tahap empat dan lima mengalami Long Covid selepas pulih daripada wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan pihaknya, lima simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit ialah kelesuan dan kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti.

“Bekas pesakit juga sukar tidur malam, batuk dan mengalami kegelisahan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Menurutnya, Long Covid atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih.

“Gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.



“Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan berdasarkan simptom yang dialami pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum.

“Kajian klinikal akan terus dilakukan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post Covid dan ia akan dimaklumkan kepada masyarakat dari masa ke masa,” katanya.



Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bekas pesakit supaya mematuhi dan hadir janji temu yang ditetapkan.

“Bagi bekas pesakit Covid-19 yang masih mempunyai gejala, anda dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

“Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit Covid-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang,” katanya



‘Pak guard’ kena lempang gara-gara minta periksa suhu [VIDEO]

66 peratus bekas pesakit alami Long Covid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 


Sebaran :


Leave a Reply