Lebih banyak PPV jika Guan Eng tak tutup Klinik 1Malaysia

Lebih banyak PPV jika Guan Eng tak tutup Klinik 1Malaysia

Lebih banyak PPV jika Guan Eng tak tutup Klinik 1Malaysia

oleh Azizi Safar

Lim Guan Eng ada banyak masa lapang sebab perbicaraan kes rasuah 2.0 dia ditangguhkan kerana pelaksanaan PKP 3.0. Oleh itu dia ada banyak masa terluang untuk karang kenyataan media.



Semalam Lim Guan Eng minta Kerajaan Persekutuan atau CITF untuk tambahkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Salah satu cadangan dia adalah menjadikan semua klinik-klinik KKM sebagai pusat-pusat pemberian vaksin bagi memudahkan rakyat luar bandar divaksinasi.

Kata Lim Guan Eng lagi, 382 PPV (11 PPV di Pulau Pinang) tidak cukup untuk memvaksinasi 80% rakyat bagi mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini.

Adakah Lim Guan Eng baru keluar dari pusat kuarantin atau gua?



Baru sehari dua lepas, Perdana Menteri sudah maklumkan lebih banyak PPV akan beroperasi dalam bulan Jun ini.

Setakat 3 Jun, 9 negeri telah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak antaranya di daerah Tenom dan Kinabatangan, Sabah, daerah Gua Musang dan Pasir Puteh, Kelantan dan daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar Perak.

Di Pulau Pinang pula, kerajaan telah memulakan perkhidmatan unit vaksinasi bergerak di 8 rumah jagaan orang tua setiap hari. Ini pun Lim Guan Eng tak tahu ka?

Selain PPV oleh KKM, akan ada juga PPV yang dikendalikan oleh pihak swasta, termasuk Klinik-klinik swasta dan hospital-hospital swasta.
Tidakkah Lim Guan Eng tahu bahawa sebanyak 500 PPV melibatkan GP klinik dan hospital swasta akan mula beroperasi 15 Jun ini, manakala bakinya, 1,000 lagi dijangka akan beroperasi sebelum hujung Jun?

Di Kedah dan Terengganu termasuk Kuala Lumpur sudah ada program membawa vaksin kepada rakyat. Outreach dan Mobile units.



Di USM, sudah ada khidmat vaksinasi pandu-lalu. Ini adalah beberapa PPV dan metod yang bukan dalam senarai awal PICK.

Hari ini juga Pharmaniaga memaklumkan mereka sudah buat penghantaran vaksin Coronavac keluaran Sinovac ke Klinik-klinik KKM di Kedah; antaranya Klinik Kesihatan Jeniang, Klinik Kesihatan Kupang, Klinik Kesihatan Kuala Ketil, Klinik Kesihatan Kodiang, Klinik Kesihatan Kuala Nerang, Klinik Kesihatan Sungai Tiang, Klinik Kesihatan Pokok Sena, Klinik Kesihatan Jalan Putra, Klinik Kesihatan Changlun, Klinik Kesihatan Tunjang, Klinik Kesihatan Kuala Ketil, Klinik Kesihatan Kupang, dan Klinik Kesihatan Jeniang.

Hello Lim Guan Eng,
Jika semasa jadi Menteri Kewangan dulu anda tidak tutup klinik-klinik 1Malaysia, kita boleh ada lebih banyak PPV dalam kadar segera tanpa mengganggu perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang disediakan dan diberikan oleh klinik-klinik KKM yang lain.
Kelmarin, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk membeli vaksin sendiri dan akan bergantung sepenuhnya kepada bekalan vaksin oleh JKJAV. Ini satu endosmen kepada kejayaan dan kemampuan PICK dan JKJAV.

Kepala hotak siapa sekarang? MG



Lebih banyak PPV jika Guan Eng tak tutup Klinik 1Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Terima rasuah RM3.3 juta, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker