Ibu disahkan mati muncul di majlis pengebumian anak

Ibu disahkan mati muncul di majlis pengebumian anak

Ibu disahkan mati muncul di majlis pengebumian anak

NEW DELHI – Satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita yang sudah disahkan mati akibat Covid-19 muncul semasa pengebumian mendiang anak lelakinya mengejutkan orang ramai, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Mutyala Girijamma dimasukkan ke Hospital Umum Kerajaan di Vijayawada pada 12 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.



Suaminya, Gaddayya yang melawat isterinya itu setiap hari di hospital bagaimanapun tidak menemui wanita itu pada 15 Mei lalu dan dimaklumkan oleh pegawai hospital bahawa isterinya itu telah meninggal dunia.

Gaddayya kemudian diberikan beg mayat dan diberi amaran untuk tidak membukanya tanpa memakai peralatan perlindungan.

Dia kemudian membawa beg tersebut ke kampung halaman untuk dikebumikan dan tidak mengadakan sebarang upacara keagamaan kerana terlalu sedih apabila turut kehilangan anak lelaki akibat wabak tersebut.

Ketika majlis pengebumian anak lelakinya, Gaddaya turut mengadakan upacara peringatan bersama untuk isterinya.



Begitu pun, mereka sekeluarga terkejut apabila Mutyala hadir ke majlis tersebut dan duduk di kerusi paling hadapan dalam keadaan marah.

Rupa-rupanya, wanita itu masih hidup malah sudah sembuh daripada Covid-19 namun tidak dapat pulang kerana suaminya tidak datang menjemputnya di hospital.

Mutyala terpaksa meminjam wang dari orang ramai untuk membayar teksi pulang ke rumah dan mendapati Gaddayya mengadakan upacara peringatan buatnya.

Sehingga kini,pihak hospital belum memberikan maklum balas berkenaan insiden tertukar mayat itu. -Agensi



Ibu disahkan mati muncul di majlis pengebumian anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pesakit Covid-19 tidak diberi cuti, datang pejabat dengan alat bantuan pernafasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker