Neelofa Hulur RM100,000 Beli Katil Untuk Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka, Sudi Bantu Melalui Pertubuhan KASIH NEELOFA

Neelofa Hulur RM100,000 Beli Katil Untuk Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka, Sudi Bantu Melalui Pertubuhan KASIH NEELOFA

PRIHATIN dengan keadaan semasa Covid-19, selebriti sensasi Neelofa tampil menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hospital Melaka yang bernilai hampir RM100,000.

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa nampaknya tidak pernah patah semangat serta tidak melupakan tanggungjawab beliau dalam usaha membantu barisan hadapan membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.



Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, berkata, pemberian tersebut atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

“Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid-19 yang banyak.

“Jadi saya ingin memainkan peranan dengan membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk menangani pandemik ini.

Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19, ” ujarnya kepada mStar pada Jumaat.



Selain Hospital Melaka, Neelofa turut merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia.

Neelofa juga berharap agar sumbangannya itu dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan, khususnya dalam menangani situasi lockdown yang sedang ditempuh oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu sebanyak mana hospital yang boleh, ” katanya.

Dalam pada membantu barisan hadapan, Neelofa difahamkan turut serta ingin membantu mereka yang terjejas akibat situasi pandemik ketika ini.



Lantaran itu, Neelofa meminta kepada sesiapa yang memerlukan bantuan supaya menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi milik pertubuhan tersebut atau boleh juga menghubungi secara terus melalui media sosial milik Neelofa sendiri.

Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan kebajikan pertamanya yang menjadi platform terbaik untuk dia melibatkan diri dalam masyarakat.



Terdahulu, seorang doktor perubatan, Dr Abu Hudzaifah yang bertugas di hospital berkenaan mengucapkan terima kasih kepada bekas pengacara MeleTOP itu atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan hospital.

Menerusi perkongsian Instagram itu, Abu berkata, Neelofa menyumbangkan 15 buah katil yang telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan digunakan serta merta bagi merawat pesakit Covid-19.

‘Buang yang keruh dan ambillah jernih’. Semoga usaha murni Neelofa ini dapat mengubati hati netizen di luar sana yang sebelum ini terluka dengan tindakan Neelofa yang pernah melakukan beberapa kesilapan kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini mencetuskan kontroversi berhubung beberapa dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada April lalu, Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Ismail atau PU Riz serta keluarga dikenakan kompaun berjumlah RM60, 000 selepas didapati bersalah gagal mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) penganjuran majlis sosial iaitu perkahwinan mereka serta melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.



Manakala, pada 20 Mei lalu pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berhubung dakwaan merentas negeri ke Nilai 3.

Neelofa dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.
Haris pula dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan dan tidak memakai pelitup muka.

Neelofa Hulur RM100,000 Beli Katil Untuk Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka, Sudi Bantu Melalui Pertubuhan KASIH NEELOFA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Neelofa, PU Riz dan rakan artis berjaya buat kutipan cecah RM2 juta bantu Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker