Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya

Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya

Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya

“Faktor tarikan dan penolakan jodoh juga sangat subjektif,” – Dr Harlina Halizah tegas jodoh di tangan Allah

Kata-kata Datuk Profesor Dr Muhaya Muhammad yang mengupas soal lambat jodoh mengundang pelbagai persepsi masyarakat dan nyata majoriti tidak dapat menerima kenyataan yang diulas pakar mata itu.

Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, pengasas Akademi Dr Har dan Profesor Fakulti Perubatan UKM turut terpanggil mengupas isu yang sedang hangat diperkatakan warga maya. Mengakui kenyataan tersebut menimbulkan kekecewaan apatah lagi perihal sensitif seperti soal jodoh dibicarakan tanpa berlapik dan berselindung.

Malah tegasnya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapat pengiktirafan terhadap sumbangan masing-masing. Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina.

Dr Har turut mengulas perihal lambat atau cepatnya jodoh seseorang berada di tangan mutlak Allah SWT, malah faktor tarikan dan penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.

Ikuti kenyataan Dr Harlina.

“BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA

Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.

Dalam video pendek itu ( https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :

1. Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan dan berpangkat besarnya seorang wanita. Alasan yg diberikan : Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.

2. Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.

3. Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.

4. Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.

5. Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.

_______________________________________________________________________

Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.

Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung.

Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.

Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dan tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.

Dr Har memberitahu Prof Muhaya yang Dr Har akan memberikan respon kepada isu yg hangat diperkatakan. Beliau sedia maklum dan tidak menghalang Dr Har berbuat demikian. Dr Har hargai sifat keterbukaan Prof Muhaya dan yakin beliau sudi menerima maklum balas konstruktif Dr Har ini dengan lapang dada, inshaa Allah.

_______________________________________________________________________

Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :

1. Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis – lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) – sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.

2. Selepas tgjwb kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.

3. Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat. Emansipasi, liberasi atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 utk kebajikan semua.

4. Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini.

5. Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.

Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.

Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)

Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.

Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.

Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.

Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.

Wallahu a’lam.”

Sumber : Dr Harlina Halizah Siraj

Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Dikritik Dr Amalina dan ramai, netizen bangkit pertahankan Dr Muhaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker