Polis kesan penipuan pakej haji dan umrah tahun ini

Polis kesan penipuan pakej haji dan umrah tahun ini

Polis kesan penipuan pakej haji dan umrah tahun ini

POLIS telah mengesan wujudnya iklan-iklan berkenaan pajek haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan oleh beberapa agensi pelancongan dalam negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, perkara itu adalah sangat meragukan memandangkan Covid-19 masih tinggi di dalam negara dan sekatan perjalanan yang sedang dikuatkuasakan.

“Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 3 Jun lalu juga telah menyatakan bahawa status pelaksanaan haji bagi tahun ini masih belum dipastikan.

“Pihak kerajaan juga masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan ibadah haji serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin, pihaknya melihat tindakan agensi pelancongan yang mengiklankan pakej haji dan umrah ini adalah satu penipuan.

Ujarnya, mereka ini boleh disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Sebelum ini, Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA) melalui siaran media menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengenai perkhidmatan badal haji boleh dilaksanakan pelajar Malaysia di sana tanpa permit atau lesen haji.

Menurut PERSADA, pelaksanaan ibadah haji adalah berdasarkan kuota dan prosedur ditetapkan Arab Saudi malah harga perkhidmatan badal termasuk kos permit, penginapandan pengangkutan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 adalah tidak munasabah. SM

Polis kesan penipuan pakej haji dan umrah tahun ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sabar tunggu pengumuman untuk tunai haji – TH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker