Yazmin Aziz Gadis Kacukan Anggap Dirinya Unik Walaupun Pernah Dibuli

Yazmin Aziz Gadis Kacukan Anggap Dirinya Unik Walaupun Pernah Dibuli

TAK gentar dengan kritikan serta menjadikan kelemahan diri sebagai pembakar semangat untuk berjaya!

Itulah prinsip gadis kacukan Malaysia – Filipina, Yazmin Aziz yang mengakui suatu ketika dahulu dirinya sering dibuli disebabkan berdarah campuran serta tidak fasih berbahasa Malaysia.

Berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya, gadis yang baru berusia 19 tahun ini berkata walaupun dilahirkan di Malaysia, dia kurang menggunakan bahasa Malaysia sewaktu membesar

“Mak saya Melayu, tapi ayah dan ayah tiri saya kedua-duanya Filipina, jadi mereka lebih selesa berbahasa Tagalog.

“Saya pernah menetap sementara di United Kingdom semasa bapa tiri saya kerja di sana dan pernah tinggal di Filipina lebih kurang 5 tahun.

“Mak memang ada ajar saya bahasa Malaysia tapi bila pindah ke Filipina saya lupa apa yang diajar… bila balik sini saya terpaksa belajar semula,” katanya kepada mStar.

Menariknya membesar di Filipina, Yazmin berkata dia berpeluang untuk belajar di tempat yang sama dengan adik-adik, ibu dan ibu saudaranya.

“Selepas melahirkan dua orang anak, mak saya sambung belajar masa dia sedang mengandungkan adik bongsu saya.

“Jadi saya berpeluang belajar bersama mak di tempat sama… saya masuk pra-sekolah sampai darjah tiga dan mak buat degree.

“Waktu rehat saya akan pergi cari mak jadi saya boleh dapat makanan percuma atau lagi banyak makanan,” cerita sambil berseloroh.

Yazmin bagaimanapun tidak terlepas daripada menjadi mangsa ejekan serta buli selepas pulang ke Malaysia disebabkan perbezaan yang dimiliki.

“Masa kecil saya susah nak sesuaikan diri dengan orang ramai yang berlainan bangsa jadi dekat sekolah rendah saya dibuli sebab tak fasih bahasa Melayu.

“Mereka cakap pegi balik Filipina la, dan macam-macam lagi. Tapi apa yang saya tak boleh saya lupa adalah apabila saya dibuli secara fizikal.

“Cabaran-cabaran seperti ini yang menjadikan saya lebih kuat dan sekarang saya rasa sangat unik dan bersyukur sebab memahami pelbagai budaya dan bahasa,” tambahnya.

@yazminaziz

Adik aku ni sengaja je 🙄🤣 @zxynzuleika #fyp #tiktokmy

♬ original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Yazmin kini menjadikan platform TikTok sebagai wadah untuk memperbaiki kelemahannya di samping mengajar masyarakat bahasa Tagalog.

Memiliki hampir setengah juta pengikut, Yazmin berkata dia mula berjinak-jinak dalam penghasilan video pada penghujung tahun lepas.

“Idea ni bermula bila ramai orang tanya mengenai latar belakang kacukan saya, lepas tu tak sangka ramai yang minta saya ajar bahasa Tagalog.

“Saya cuba campur drama dan komedi Filipina memandangkan ramai yang kenal Pangako Sayo, Sana’y Wala ng Wakas dan Alhamdulillah sambutan yang saya terima sangat baik,” katanya.

Tambahnya lagi apa yang lebih memberi kepuasan baginya adalah apabila mengetahui hasil kerjanya sedikit sebanyak dapat membantu menggembirakan hati masyarakat.

“Apa yang best sekali bagi saya adalah perasaan bila dapat membantu lebih-lebih lagi mereka yang tengah sedih atau mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Yazmin yang gemar menyanyi, berlakon dan menari berkata dia sangat bersyukur dengan sokongan diberikan keluarganya.

“Mereka sangat supportive terutama sekali kalau content komedi – awak ni macam-macam la kata mereka.

“Tapi ada juga masa kena marah, mak ayah saya selalu cakap awak ni tak habis-habis dengan TikTok.

“Pernah ada satu video mak saya kurang berkenan tapi bila kawan dia kongsi, saya nampak dia pun bergelak sekali dengan kawan dia tu,” katanya mengimbas salah satu detik melibatkan ibunya.-mSTAR

 

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Yazmin Aziz Gadis Kacukan Anggap Dirinya Unik Walaupun Pernah Dibuli


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Scha Elinnea Seksi Tapi Bukan ‘Sugar Baby’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker