Bulan ‘PRIDE’ agenda normalisasi LGBT

Sebut hak sekerap mungkin antara strategi LGBT

BEBERAPA hari lepas, terlihat iklan sembang bekas Presiden sebuah kelab mempromosi budaya songsang Malaysia, dijemput sembang santai di laman media sosial anak muda, membincangkan bagaimanakah mahu menjadikan sekolah tempat yang “selamat” untuk anak-anak “pelbagai orientasi seksual” atau lebih telus dipanggil berkecenderungan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).

Sembang santai LGBT dengan tajuk ini dibuat sempena meraikan bulan PRIDE atau bulan kebanggaan orientasi seks songsang. Sesuatu yang sangat biasa di negara Barat.

Sebagai ibu, saya berasa sangat marah dengan tafsiran selamat yang berkecenderungan songsang dan berat sebelah ini. Keselamatan jenis apakah yang ingin diketengahkan?

Bagaimanakah agaknya perbincangan yang menghala kearah seorang anak mengeksplorasi seksualitinya sendiri sedangkan dia masih kebingungan dalam mencari sisi-sisi lain identiti diri?



Misil BUK Rusia punca nahas MH17

Orientasi seksual apakah yang ingin diterap dalam keadaan perlembagaan yang memegang teguh prinsip Islam sebagai agama dan segala tingkah laku seks luar tabii merupakan suatu jenayah? Inikan pula untuk difahamkan hak seksnya sedangkan hak tuhan juga masih sedang dipelajari?

Bukankah akhirnya anak tersebut akan dieksploitasi golongan yang beragenda kiblat Barat seperti saudara Numan? Kecoh kerisauan tentang anak-anak orientasi seks LGBT teraniaya, namun bukankah mereka juga boleh menganiaya? Oleh itu, pada dasarnya bukankah kita risaukan mereka sama sahaja seperti anak-anak lain dengan orientasi seks normal?



Jika didapati berlaku penganiayaan kerana kecenderungan songsang di kalangan anak murid, ia perlu ditangani sama seperti salah laku lain di sekolah, sama ada ia berbentuk fizikal, seksual atau sekadar emosi.

Muhyiddin tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

Jika terdapat elemen jenayah, ia harus ditangani pihak polis. Dan jika tidak, kita mempunya kaunselor terlatih dari sudut agama dan psikologi. Jika terdapat keperluan untuk rujukan, kaunselor terlatih boleh merujuk kepada unit kesihatan yang terdekat.



Hanya beberapa hari lalu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menulis tentang kebimbangannya terhadap jenayah seksual yang semakin meningkat di sekolah, dan usaha yang telah diketengahkan beliau di penghujung penggalnya.

Kini, hampir dua tahun berlalu, beliau masih berusaha mengemukakan langkah-langkah pembaikian yang menyeluruh dalam menangani jenayah di sekolah, sama ada seksual atau fizikal. Kerisauan beliau tentang jenayah seksual adalah menyeluruh dan bukan selektif.

Rentetan daripada itu, di pihak ibu bapa, kami amat berharap kerajaan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) gangguan seksual yang sepatutnya dijadualkan siap pada Mac tahun lalu, namun ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diharapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil peluang dan kesempatan itu bagi menambah baik rang undang-undang tersebut agar dapat diperluaskan kepada pelajar sekolah.



Anak-anak perlu dipelihara dari segala anasir yang mengelirukan. Pendedahan awal kepada budaya yang bukan dari masyarakat kita boleh merosakkan fikiran mereka yang masih belum matang dan mudah menerima (trusting).

Kajian menunjukkan otak kanak-kanak sekolah masih melalui proses tumbesaran yang dinamik dan sensitif. Mereka memerlukan stimulasi yang teratur, konkrit dan jelas.

Perbezaan otak antara jantina kanak-kanak juga membuatkan mereka melalui kadar tumbesaran dan kematangan yang berbeza. Pendedahan kepada agenda kepelbagaian orientasi seksual pada fasa tumbesaran ini hanya akan menambah kekeliruan tentang identiti diri. Ini boleh membawa kepada kesilapan-kesilapan dalam membuat keputusan hidup yang boleh disesali di kemudian hari.

Anwar jangan lobi jadi PM bila jumpa Agong – Khairuddin



Kita perlu mengambil iktibar dari normalisasi LGBT di Barat. Ia telah meresap didalam silibus sekolah dan anak-anak telah mula didedahkan dengan panggilan nama yang neutral seperti “they” dan “them” yang bermaksud mereka semata-mata untuk meraikan mereka, yang kononnya “belum memutuskan apakah jantina yang dipilih mereka’.

Anak-anak lelaki berkecenderungan perempuan dibenarkan bersukan mewakili jantina perempuan, dan kemenangan mereka diraikan sebagai sah walaupun dari segi biologi dan fisiologi kekuatan otot mereka jelas berbeza!

Anak-anak tadika dibawakan lelaki-lelaki berpakaian perempuan drag untuk dibacakan cerita-cerita kanak-kanak yang kebingungan mahu memanggil mereka dengan kata nama apa.



Anak-anak semuda 16 tahun telah dibenarkan membuat keputusan untuk merencat tumbesaran sendiri dengan mengambil hormone yang menghalang akil baligh supaya dapat kekal di dalam jantina perempuan. Kegilaan inikah yang kita mahukan untuk anak-anak kita?

Masyarakat kita walau apa pun latar belakang agamanya, memandang tinggi setiap usaha melindungi hak anak-anak.

Kebajikan anak-anak adalah keutamaan segenap lapisan pentadbiran pendidikan.

Tajuddin dikompaun RM1,500 gagal pakai pelitup muka semasa sidang media

Dari peringkat pegawai tadbir, pengawal sekolah hingga ke guru-guru. Walau kita tidak menafikan terdapat kelompongan yang perlu diperbaiki, melaungkan pembelaan terhadap hak anak-anak “berkecenderungan LGBT” di bulan PRIDE tidak lain tidak bukan adalah percubaan memaksa masyarakat meniru budaya Barat.

Seruan kepada budaya yang ‘hedonistic’, sarat liberalisasi sexual dan mementingkan diri perlu ditolak secara total. Jika adapun perbincangan mengenainya mungkin hanya dalam konteks cara rawat dan cara cegah. Bukan perbincangan mengangkat nilai sempena bulan PRIDE.

Mulai dari hari ini juga masyarakat perlu sedar, keraian bulan PRIDE setiap Jun bagi golongan LGBT bukan lagi sebuah isu terpencil sekumpulan minoriti, ia adalah bulan kesedaran tentang pengasakan agenda tidak normal ke atas kita yang masih memegang kepada norma kekeluargaan dan ketimuran.

Sebagaimana yang diperturunkan kepada kita melalui agama, diajar kepada kita oleh ibu bapa dan ditegakkan oleh undang-undang negara kita. Kita perlu melaungkannya sekuat dan sekerap mungkin kerana antara strategi normalisasi masyarakat para simpatisan LGBT adalah dengan menyebut-nyebut hak mereka sekerap dan seluas mungkin.

Demi kasih sayang terhadap agama dan nilai ketimuran, kita perlu mengambil semula hak kita daripada golongan pejuang agenda seks songsang ini. Hak kita untuk menentukan hala tuju fikir anak-anak kita sesuai dengan norma yang dianuti majoriti dan diperakui sejak berzaman. Sebagaimana pelangi dan bulan Jun adalah hak orang-orang yang tidak menyelewengkannya.

Dr Siti Nurhayati Adznan
Ketua Wanita ISMA Alor Gajah

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Bulan ‘PRIDE’ agenda normalisasi LGBT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker