Benarkan warga emas ‘walk in’ untuk dapat vaksin, gesa kumpulan perubatan


Contohi Singapura, benarkan warga emas ‘walk in’ untuk dapat vaksin, gesa kumpulan perubatan

Kumpulan perubatan menggesa kerajaan mencontohi strategi Singapura yang membenarkan warga emas berusia 60 tahun “walk in” ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksin.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, sebaik sahaja bekalan vaksin mencukupi, “kita patut memberikan pilihan kepada semua warga emas untuk ‘walk in” dan mendapatkan suntikan mereka”.

Beliau turut menyarankan kerajaan bekerjasama dengan klinik dan hospital swasta untuk memberikan vaksin kepada pesakit yang lebih tua.

Merujuk aduan sesetengah warga emas tidak mendapat maklumat keselamatan berhubung pelbagai vaksin sedia ada, katanya, maklumat sedemikian perlu disiarkan secara meluas menerusi televisyen, radio dan media lain.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow turut menyokong pelaksanaan dasar mirip yang diperkenalkan Singapura minggu lalu.

Beliau berkata, doktor boleh memberikan penilaian kesihatan segera dan menjamin vaksin itu selamat buat pesakit tertentu.

Beliau turut menyarankan kerajaan membenarkan ProtectHealth, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan sebagai pelaksana penglibatan doktor swasta untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menanggung sepenuhnya kos pemeriksaan perubatan bagi warga emas berdaftar.

“Pemeriksaan perubatan percuma akan memastikan lebih ramai warga emas mendaftar untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Setakat 6 Jun lalu, sejuta warga emas di seluruh negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, seramai 229,462 individu daripada jumlah itu sudah menerima dua dos vaksin lengkap. FMT

Henti beri gambaran indah mengenai kadar vaksinasi negara – Yeo Bee Yin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker