Muhyiddin gagal, rakyat mengharap campur tangan Istana
Muhyiddin gagal, rakyat mengharap campur tangan Istana
SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan seluruh rakyat dan dirinya akan bersyukur jika Istana Negara mula mengambil beberapa tindakan menyelesaikan kepincangan di peringkat pentadbiran negara.
Beliau berkata, sekiranya dakwaan Istana Negara akan memanggil semua pemimpin parti politik itu benar, ia merupakan satu perkhabaran yang baik untuk rakyat.
“Banyak rungutan dalam kalangan rakyat berkenaan kaedah dan sistem pentadbiran kerajaan yang tidak efisyen dan kegagalan mengotakan janji-janji sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Sikap menteri yang tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pengoperasian sektor perkilangan sehingga mewujudkan pelbagai kluster baru di tempat kerja dan kerajaan yang dilihat hanya berkomunikasi sehala sahaja tanpa mendengar keluh kesah rakyat.
“Ditambah lagi dengan sikap menteri dan kementerian yang gagal berperanan sepenuhnya sepanjang tempoh PKP ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, akhbar The Star yang memetik sumber sebagai berkata, perjumpaan berprofil tinggi itu akan dimulai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Rabu (9 Jun), diikuti DAP dan PKR pada 10 Jun, seterusnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan UMNO pada 11 Jun.
Pada Isnin, bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ciapan Twitter menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung suatu Majlis Menghadap oleh semua ketua daripada keseluruhan parti-parti politik.
Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, nasib rakyat tidak terbela dengan pelbagai kenyataan yang menggusarkan rakyat dan mendakwa mereka yang menyuarakan pendapat secara terbuka.
Dakwanya, perkara itu merupakan kegagalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan barisan kabinetnya melaksanakan tugas dengan baik.
Kerajaan kata beliau, sepatutnya menjadi tempat rujukan dan perkongsian idea demi kebaikan bersama tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini.
“Hari ini mereka menjadi kerajaan yang tidak mesra rakyat. Akhirnya rakyat terpaksa mengetuk pintu Istana bagi mendapatkan perhatian.
“Yang di-Pertuan Agong adalah tempat rakyat bernaung daripada segala kepincangan dan ketidakadilan kerajaan,” katanya.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
Muhyiddin gagal, rakyat mengharap campur tangan Istana
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank
You must be logged in to post a comment.