85 peratus kes baharu, kematian kini sparodik, KP Kesihatan mahu semua ambil serius trend ini

Sebaran :

85 peratus kes baharu, kematian kini sparodik, KP Kesihatan mahu semua ambil serius trend ini

85 peratus kes baharu, kematian kini sparodik, KP Kesihatan mahu semua ambil serius trend ini

KEMATIAN akibat COVID-19 kini meningkat kepada 641 kes pada minggu epidemiologi (ME) ke-22 yang berakhir semalam berbanding 35 korban pada tempoh minggu ke-13 berakhir 3 April.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 641 kematian pada minggu ke-22 itu, 559 adalah kes sparodik berbanding 26 kes sparodik pada ME ke-13.



Angka 559 itu berjumlah kira-kira 87 peratus kes daripada kesuluruhan kematian yang dilaporkan pada ME ke-22.

“Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi.

“Selain itu, ia berikutan penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengenai jumlah penularan baharu dalam kategori sparodik, Noor Hisham berkata, minggu ke-22 berakhir 5 Jun menunjukkan kadarnya berada pada tahap 84.3 peratus kes.

Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh itu pula adalah sebanyak 52,040 kes.

Sebagai perbandingan, jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes dengan 52 peratus adalah kes sporadik.

“Mutakhir ini, negara berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April 2021 ME ke-13.

“Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan.

“Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada,” jelasnya.

Justeru, Noor Hisham menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat kerja, dan sebagainya.

Menurut beliau, masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada.

“Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti,” tegasnya.

Sehubungan itu, Noor Hisham menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, lindungilah diri, keluarga, dan komuniti dalam memerangi pandemik ini dan ntara langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

Pertama: Wakilkan kepada hanya seorang bagi setiap rumah/keluarga untuk keluar bagi sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;

Kedua: mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik;

Ketiga: mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar;

Keempat: Juga mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM BERISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan)

Kelima: Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;

“KKM menyeru semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara.

“Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, dan negara kita,” katanya. Utv

85 peratus kes baharu, kematian kini sparodik, KP Kesihatan mahu semua ambil serius trend ini


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ivermectin wonder drug obliterates 97 percent of Delhi cases


Sebaran :

Leave a Reply