Tak kemas kini status kesihatan di MySejahtera boleh didenda

Sebaran :

Tak kemas kini status kesihatan di MySejahtera boleh didenda

Tak kemas kini status kesihatan di MySejahtera boleh didenda

Pihak yang bekerja di sektor pembuatan tetapi gagal mengemas kini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera boleh didenda.

Selain itu, mereka juga harus menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk di lokasi kerja mereka.



Harian Metro melaporkan bahawa seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi dipetik berkata bahawa mereka yang didenda terdiri daripada 29 pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas serta dua lagi dari sebuah kilang ayam.

Denda itu mendorong orang ramai mengemukakan banyak pertanyaan ke laman Facebook polis Manjung sama ada mereka akan dikenakan denda kerana tidak mengemas kini status kesihatan mereka.


Menjawab pertanyaan tersebut, polis Manjung mengatakan peraturan tersebut dikenakan terhadap mereka yang bekerja di sektor pembuatan.

“Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am,” katanya.

Anda boleh mengemas kini status kesihatan anda dengan memilih butang “Status Covid-19” di aplikasi MySejahtera.

Pengguna akan ditanya sama ada mereka mengalami gejala seperti Covid-19, sama ada mereka pergi ke luar negara dan adakah mereka terdedah kepada sesiapa yang disyaki dijangkiti Covid-19. Mk

Tak kemas kini status kesihatan di MySejahtera boleh didenda


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Makin ramai mengadu hadapi masalah janji temu vaksin MySejahtera


Sebaran :

Leave a Reply