Anggap Covid-19 Sama Seperti Sakit Selsema, Twitter Bertindak Padam Posting Trump [Video]

Kenyataan itu mendapat komen dan kecaman yang hebat daripada rakyat Amerika.

Laman sosial Twitter bertindak memadam posting Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyamakan penyakit Covid-19 sama seperti selsema

Umum mengetahui Trump telah pun dijangkiti wabak berbahaya itu pada minggu lalu dan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.



Namun, selepas tiga hari menerima rawatan, beliau sudah pun keluar dari hospital dan menjalani kuarantin kendiri.

Trump di laman twitternya menulis:

“Flu season is coming up! Many people every year, sometimes over 100,000, and despite the vaccine, die from the flu. Are we going to close down our country? No, we have learned to live with it, just like we are learning to live with Covid, in most populations far less lethal!!!



“Musim selsema bakal tiba! Ramai orang pada setiap tahun, kadang kala melebihi 100,000 yang mati akibat selsema walaupun mempunyai vaksin. Apakah kita akan menutup negara kita? Tidak, kita sudah belajar daripadanya, sama seperti kita perlu hadapi hidup bersama Covid di kebanyakan populasi yang jauh lebih membahayakan.”

Twitter kategorikan posting tersebut sebagai menyebar maklumat tidak tepat

Oleh kerana posting Trump yang berani menyuarakan pendapatnya, laman sosial Twitter telah mengkategorikannya sebagai kandungan yang menyebarkan maklumat tidak tepat dan berbahaya kerana ia berkaitan Covid-19.



Sebelum ini, Trump pernah menyeru rakyat Amerika untuk memperlakukan Covid-19 seperti selsema. Kenyataan itu mendapat komen dan kecaman yang hebat daripada rakyat Amerika.

Tahan dan sorok kesakitan dihadapan media

Semalam, video ini tular sebaik sahaja Trump dikeluarkan dari hospital dan kembali ke White House untuk jalani sambungan kuarantin kendiri. Ramai yang menganggap Trump berpura-pura kelihatan sihat dan baik apabila berada di hadapan media. Lihat video penuh ini di bawah:

Kalau dah sakit ini memang susah nak sorokkan daripada orang. Jaga kesihatan korang semua! Says



Selsema babi (Swine flu) dikesan di Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker