Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi

 

 

 

Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi
Gambar Hiasan

Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi



MELAKA – Kegiatan tiga pelacur warga Thailand melayan sekurang-kurangnya dua pelanggan setiap hari dengan bayaran RM250 satu sesi terbongkar selepas polis menyerbu sebuah hotel di Melaka Raya, di sini kelmarin.

Dalam serbuan Op Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada pukul 3.45 petang itu, kesemua wanita yang ditahan berusia antara 30 hingga 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil risikan sepasukan pegawai serta anggota telah ke lokasi dan mengesan tiga wanita dipercayai pelacur sedang menunggu pelanggan.

Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi



Katanya, ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiga wanita berkenaan ditahan ketika berada di dalam tiga bilik berasingan.

“Hasil soal siasat kesemua mereka dipercayai menjalankan perkhidmatan seks dan mengiklankannya melalui aplikasi WeChat.

“Bayaran antara RM240 hingga RM250 akan dikenakan bagi setiap sesi selepas berjumpa pelanggan di hotel,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, wanita-wanita tersebut mengakui mengaut keuntungan dengan melayan minimum dua pelanggan setiap hari.



“Maklumat awal, kegiatan pelacuran ini telah dijalankan kira-kira sebulan. Kita turut menahan seorang lelaki penjaga hotel berusia 23 tahun bagi membantu siasatan.

“Sebagai rekod, sejak awal tahun hingga bulan lalu, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah menjalankan 15 serbuan membabitkan aktiviti pelacuran,” katanya. -K! ONLINE

Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pintu depan tulis ‘kedai tutup’, pintu belakang penuh pelacur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker