Kalau dulu lagi malu – Nabila Huda

 

JIKA ada yang perasan, sudah jarang sekali pelakon berbakat besar, Nabila Huda melayan kerenah warganet yang selama ini sering sahaja menjadikannya sasaran kecaman dan kritikan.

Maklumlah, sebagai seorang artis, mustahil untuk dia benar-benar memastikan dirinya bebas daripada kontroversi, apatah lagi ketika darah muda menguasai tingkah dan jiwa.

Malah, dalam bab lantang bersuara di media sosial, Nabila juga boleh dianggap juara. Cuma, anehnya keadaan itu sudah seakan perlahan-lahan ditinggalkan wanita ini.

Ia sekali gus menyaksikan tiada lagi ragam pelakon ini saling berbalas komen pedas dengan mana-mana ahli ‘Jabatan Netizen’ yang berada dalam kategori mulut laser.

Berpeluang mengajukan pertanyaan tersebut kepada empunya diri, Pancaindera kongsikan luahan Nabila buat tatapan pembaca di sini.

Dulu, kalau dilihat, dalam situasi tertentu, Nabila rancak juga bersuara lantang di media sosial, sekarang sudah agak tenang, kenapa agaknya itu?

Iyalah dulu muda. Kita pun sudah semakin matang. Kita tahu kita punya kekuatan untuk menerima sesuatu kritikan atau komen itu macam mana. Kalau rasa-rasa tak kuat, bagi saya tak payah nak melayan perkara yang akan buat diri sendiri rasa sedih dan lemah. Kita nak tempah diri sendiri untuk jadi tertekan untuk apa?

Adakah perkahwinan juga menjadi satu daripada faktor Nabila sekarang dilihat lebih matang dalam satu-satu tindakan?
Betul. Saya pun sudah bersuami. Jadi tentulah nak kena jaga air muka suami. Bukan dia sahaja, air muka keluarga, keluarga mentua, eh banyaklah yang perlu dijaga. Kalau nak tahu, karakter suami juga membuatkan saya rasa tak sanggup nak sakiti hatinya. Katakanlah saya muat naik sesuatu yang kemudiannya jadi isu di media sosial, kawan-kawan dan saudara-mara suami yang akan mesej dia dan bertanya. Macam saya, keluarga dan papa, kami sudah biasa dengan kontroversi, boleh kendalikan lagi. Di pihak saya mungkin sudah lali, tapi keluarga suami tidak, perkara yang kita rasa kecil, mungkin di pihak mereka adalah sesuatu yang besar dan memalukan.

PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun – Radzi

Sepanjang perjalanan karier seni, sebenarnya macam mana Nabila mampu mengawal netizen-netizen bermulut jahat, terutama di media sosial?
Saya akui, dulu nakal sikit dan suka buat hantaran yang membuka peluang kepada netizen untuk komen yang bukan-bukan. Seiring dengan usia, saya belajar untuk mengabaikan semua kata-kata negatif itu. Terus-terang, setakat komen-komen buruk yang saya terima sekarang ini, semuanya tak sehebat kecaman yang terpampang di surat khabar suatu ketika dulu. Kecaman dan kritikan yang saya pernah lalui sampai dipaparkan di muka depan sesebuah akhbar, bagi saya itu lebih memalukan. Sebab, semua orang boleh baca dan tengok, walaupun orang yang duduk di kampung-kampung. Kalau ada pun yang kecam sekarang, saya tak terasa langsung, tak tertekan atau menyebabkan saya sakit mental pun sebab, saya pernah lalui yang lebih teruk dahulu.

Jadi adakah sekarang Nabila lebih banyak bertimbang-tara setiap kali nak muat naik sesuatu hantaran di media sosial?
Betul, sekarang ini saya lebih banyak fikir dulu sebelum buat. Saya akan tanya diri dulu, adakah hantaran itu boleh membuatkan orang sakit hati? Adakah ia sensitif?Apakah ia penting atau dapat memberi inspirasi kepada orang? Segalanya bermain dalam fikiran, tambahan pula saya ini memang seorang yang suka fikir berlebih-lebihan (overthinking). Walaupun tahu sekarang dah tak ada orang nak kisah pasal saya, tapi saya nak jagalah sikit bab ini. Kalau boleh nak beri inspirasi kepada semua orang dari sudut yang baik.

Maaf tanya, sebenarnya sejak bila Nabila ini jadi seorang individu yang gemar berfikir secara berlebihan?
Rasanya sejak masuk usia 30-an. Entah kenapa automatik berubah. Usia begini bila saya sudah lalui fasa kehidupan berkahwin, bercerai, ada anak kemudian single dalam satu tempoh yang lama, lepas itu berkahwin lagi. Semua itu membuatkan saya menjadi diri yang sekarang. Tapi, saya juga rasa kehadiran suami banyak memainkan peranan. Dia selalu bagi nasihat yang saya boleh dengar, yang membuatkan saya ketepikan ego dan segala kedegilan sebelum ini. Pendapat dan nasihat dia adakalanya memang di luar kotak. Walaupun ada ketika saya sedang marah atau mungkin tak nak dengar, tapi diam-diam saya akan ikut cara dia

#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter

Kalau dulu lagi malu – Nabila Huda


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO]”Allah..Beratnya Ujian Adik”..Sedihnya, Lepas Habis Duduki SPM, Pelajar Ini Baru Dapat Tahu Ayahnya Sudah MeninggaI Dunia.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker