Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

Kais Pagi Makan Pagi..Kasi Petang Makan Petang

Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan kehidupan sesetengah rakyat Malaysia yang terus terhimpit disebabkan pandemik Covid-19. Tidak terkecuali, Amir Raja Lawak.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi,32, kini menjual air minuman berasaskan buah jagung itu dengan jenama Air Jagung Amirreka di tepi jalan sekitar Kajang secara kecil-kecilan.

Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

Kesungguhan dan kecekalan Amir yang pernah menyertai program realiti, Raja Lawak musim ketiga mendapat perhatian netizen dalam gelanggang media sosial. Masing-masing memuji kesedapan air jagung yang dijualnya.



Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

“Kalau anda masih ingat Amir Raja Lawak yang kecil-kecil itu, dia setiap hari berniaga air jagung di kawasan rumah saya.

“Dekat tepi jalan sahaja dan sedap gila air jagung dia jual. Pekat dan tak terlalu manis. Yang duduk area Kajang bolehlah sokong perniagaan dia,” ciap seorang pengguna Twitter, @AidaSue.

Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang

selain mengerah tenaga dan berpanas bawah terik mentari, Amir yang juga suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari itu ligat memperomosikan jenama minumannya menerusi akaun Instagram, @airjagungamirreka_hq.

Biarpun diduga dengan rezeki dalam bidang lakonan dan komedi yang tidak menentu, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu tetap berjaya muncul dengan drama terbaharu terbitan Awesome TV berjudul Man Transform.



Sumber: Instagram Amir Raja Lawak

Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka Sekitar Kajang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


“Pelawak Sekarang Banyak Syok Sendiri, Kelakar Kosong Dan Tak Sensitif.” -Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker