“Pelawak Sekarang Banyak Syok Sendiri, Kelakar Kosong Dan Tak Sensitif.” -Hamid Gurkha

Umum sedia maklum, program rancangan hiburan yang menampilkan pelawak-pelawak masa kini kerap kali menjengah ke kaca televisyen.

Pelbagai isu diulas oleh mereka sehingga kadang-kala mengundang ketidakselesaan sesetengah pihak.

Pendapat dari lagenda

Baru-baru ini, ada beberapa pelawak telah ditegur secara langsung mengenai tindakan mereka yang didakwa kurang sensitif dan mengetengahkan lawak berunsur double meaning atau lucah untuk tatapan umum.



Jadi, menerusi laporan daripada Utusan Online, pihak sumber telah mengambil pendapat pelawak lagenda iaitu Hamid Gurkha mengenai senario pelawak sekarang.

Pelawak sekarang banyak syok sendiri

Menurut pelawak yang sudah berusia 88 tahun ini, dia menyatakan bahawa generasi sekarang bersifat ‘kosong’ dan tidak sensitif sekali gus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hati,” katanya.



Kita bantu sampai mesej yang baik

Tambah Hamid lagi, ketika zaman kegemilangannya, para pelawak digelar sebagai ‘pelawak kerajaan’ kerana menjadi pengantara mesej penting walaupun dalam bentuk jenaka.

Namun menurutnya, hal tersebut sudah berlalu dan pendapat golongan senior sudah tidak dipandang oleh generasi muda masa kini.

“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan.” Ulasnya

Terdahulu, ada kumpulan pelawak telah menggunakan jenaka berunsur lucah dalam persembahannya ketika siaran langsung dan mendapat kritikan.



Mereka diminta untuk membuat permohonan maaf kepada semua kerana maksud yang disampaikan agak tidak elok untuk didengar dan tontonan semua lapis masyarakat.-OMM

Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mhd Sori)

“Aku Tak Sangka Kau Dengan Kawan-Kawan Kau Datang Awie”…. Sebak Pak Hamid Gurkha Terima Kunjungan Datuk Awie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker