Vaksin COVID-19: Ganjaran RM10000 menanti DUN dengan peratus pendaftaran tertinggi – Rosol
Vaksin COVID-19: Ganjaran RM10,000 menanti DUN dengan peratus pendaftaran tertinggi – Rosol
HULU TERENGGANU: RM10,000. Itu ganjaran bakal diterima satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Terengganu yang berjaya mencapai peratusan pendaftaran vaksin COVID-19 tertinggi.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata inisiatif itu bagi memberi galakan kepada penduduk untuk segera mendaftar bagi menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Jelasnya, mana-mana DUN yang berjaya mencapai peratusan tertinggi pendaftaran vaksin COVID-19 dalam tempoh tiga bulan bermula sekarang akan dihadiahkan wang tunai RM10,000.
“Saya sudah maklum pada pengarah tanah untuk mengambil perjalanan agar kita hendak pastikan rakyat semuanya divaksin.
“RM10,000 tertinggi bergantung pada peratus, bukan bilangan peratus DUN tersebut,” katanya.
Parlimen Hulu Terengganu mempunyai empat kawasan DUN iaitu Kuala Berang, Telemong, Ajil dan Manir.
Rosol berkata, di samping menggalakkan rakyat segera mendaftar untuk vaksinasi, ia juga satu langkah bagi memastikan sasaran imuniti kelompok berjaya dicapai dalam tempoh ditetapkan, sekali gus memulihkan negara daripada pandemik itu.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 10,000 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 di Terengganu didapati gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi.
Rata-rata penerima daripada golongan warga emas memberi alasan terlupa tarikh janji temu dan tiada kenderaan ke pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan.-Awani
Vaksin COVID-19: Ganjaran RM10,000 menanti DUN dengan peratus pendaftaran tertinggi – Rosol
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Kematian Ganapathy: RM10,000 ganjaran maklumat kesan pihak bertanggungjawab