Wanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharu

Wanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharuWanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharu

KOTA KINABALU: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang meninggal dunia sebelum dikesan positif COVID-19 mencetuskan kluster baharu yang dilaporkan di Nabawan hari ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata wanita berumur 56 tahun itu dilaporkan mempunyai simptom batuk dan demam dua hari sebelum kematiannya.

Kluster Pulutan Nabawan itu mula dikesan pada 31 Mei lalu selepas saringan ke atas jenazah wanita terbabit yang dibawa ke Hospital Keningau didapati positif COVID-19.

“Kes indeks selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pulutan, Sepulut di Nabawan, semalam. Susulan kes itu, seramai 97 individu disaring dengan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19 manakala 86 orang lagi masih menunggu keputusan saringan pertama.

“Semua kes positif dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Keningau.

“Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 hingga 31 Mei,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah mencatat peningkatan 84 kes COVID-19, menjadikan kes baharu hari ini sebanyak 287 dengan tiga kematian dilaporkan di daerah Tawau manakala 246 pesakit dilaporkan sembuh.

Lebih separuh daripada kes hari ini iaitu 152 kes dikesan menerusi saringan kontak rapat, diikuti saringan bergejala (54 kes), saringan bersasar (52 kes), manakala baki 11 kes dikesan melalui lain-lain saringan.

“Sebanyak 12 daerah mencatat peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatat peningkatan pada julat satu angka, manakala tiga daerah lain mencatat peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat (44 kes), Kunak (39 kes) dan Lahad Datu (28 kes). Empat daerah pula mencatat jumlah kes baharu yang sama seperti semalam iaitu Papar (12 kes), Nabawan (enam kes), Semporna (enam kes) dan Keningau (dua kes).

“Bagaimanapun, lapan daerah didapati mencatat penurunan kes hari ini pada julat satu angka, manakala enam daerah mencatat sifar kes iaitu Beluran, Kalabakan, Tongod, Pitas, Kota Marudu dan Ranau,” katanya. BH

Wanita OKU meninggal dunia cetus kluster baharu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tiga faktor kes kematian COVID-19 meningkat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker