PDRM umum pertukaran pegawai



Sebaran :

PDRM umum pertukaran pegawai

PDRM umum pertukaran pegawai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tujuh pegawainya berkuat kuasa 5 Julai depan.

Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Sabah, Superintendan Zairolnizal Ishak, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Sabah.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Negeri Sembilan, Deputi Superintendan (DSP) Kamarul Rizal Jenal dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, dengan memangku pangkat Superintendan.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Skandaguru Anandan, berkata Pegawai Turus Pendataan Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Terengganu, Superintendan Shuhaimi Jusoh, dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Kelantan, dengan memangku pangkat superintendan.

“Empat lagi pegawai kanan lain adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Utara, DSP Mohammad Shofee Tayib dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, juga dengan memangku pangkat superintendan.



“Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Kelantan, DSP Wan Mohd Sokri Wan Yusoff, dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Pahang, juga dengan memangku pangkat superintendan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skandaguru berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, Sarawak, DSP Sila AK Kadong, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lawas manakala Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Tanah Merah, Kelantan, Asisten Superintendan Zamri Mustaffa dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Kelantan dengan memangku pangkat DSP. BH

PDRM umum pertukaran pegawai


Baca Artikel Menarik




Ketua polis PJ antara 71 pegawai kanan diarah bertukar


Sebaran :


Leave a Reply