Bom mortar disangka mainan – Mujur tak meletup

Sebaran :

Bom mortar disangka mainan - Mujur tak meletup

Bom mortar disangka mainan – Mujur tak meletup

PETALING JAYA: Dua remaja lelaki membawa pulang sebutir bom mortar yang dijumpai mereka di tepi pantai di Penaga, Kepala Batas, kerana menyangkakan ia adalah alat permainan.

Ketika berada di pantai di Kuala Muda itu untuk membeli ais pada kira-kira 1 tengah hari, dua remaja berusia 14 tahun berkenaan ternampak objek itu yang tertanam, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor.

Menyangkakan objek itu adalah alat permainan, mereka mengorek pasir bagi mengeluarkannya sebelum membawanya pulang ke rumah salah seorang remaja terbabit di Taman Desa Kuala Muda untuk ditunjukkan kepada keluarga.



“Disebabkan tertera tulisan mortar bom pada objek itu, satu laporan polis kemudian dibuat untuk siasatan lanjut,” Noorzainy dilaporkan Harian Metro sebagai berkata.

Hasil siasatan mendapati objek itu adalah sebutir bom mortar seberat 3kg dan berukuran 30cm, katanya.

Noorzainy berkata, kes kemudian dimaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Bom itu dibawa balik ke Pangkalan UPB IPK Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Tambahnya, berdasarkan makluman awal, objek itu didapati digunakan untuk tujuan pembelajaran, dan tidak mengandungi bahan letupan. FMT

Bom mortar disangka mainan – Mujur tak meletup


Baca Artikel Menarik


Dua along simbah cat, lempar bom petrol ditahan


Sebaran :

Leave a Reply