Sang bedal baham anjing, resahkan penduduk

Sang bedal baham anjing, resahkan penduduk

Sang bedal baham anjing, resahkan penduduk

LAWAS: Penduduk Kampung Pekan, Merapok dekat sini resah dan bimbang keselamatan mereka berikutan kehadiran buaya yang berani membaham anjing berkeliaran di kampung tersebut.

Mereka bimbang buaya tersebut akan menyerang mereka kerana penduduk banyak berada di Sungai Merapok untuk kegiatan harian, antaranya menangkap ikan dan udang.



Menurut mereka kelibat sang bedal kerapkali dilihat ‘bersantai’ di tepi sungai Merapok berhampiran kediaman penduduk khusus ketika air surut sejak kebelakangan ini.

Menurut penduduk lagi sebelum ini, buaya di Sungai Merapok itu jarang membaham haiwan peliharaan terutamanya anjing, namun selepas beberapa kes berlaku, penduduk mula bimbang reptilia itu akan terus mengganas.

Pernah suatu ketika buaya itu melanggar tiang jambatan kecil ketika penduduk sedang memancing sehingga bergegar.

Seorang penduduk di kawasan Merapok, Jabat Ghani mendedahkan insiden buaya yang semakin berada berhampiran kediaman penduduk di sungai Merapok bukan cerita baharu.



“Memang kerap kali penduduk sering melihat kelibat buaya bersantai di tepi sungai Merapok yang kini sudah menjadi buah mulut penduduk.

“Kehadiran reptilia itu membimbangkan penduduk kerana takut perkara tidak diingini berlaku memandangkan tingkahlaku reptilia itu tidak dapat diramal,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Khamis.

Seorang penduduk Lawas Omarali Matjais berkata Sungai Merapok menjadi habitat sesuai untuk reptilia itu kerana sungai tesebut adalah ‘lubuk’ udang galah dan ikan ‘Baong’.

“Tidak hairanlah para pemancing yang gemar memancing di sungai Merapok kerapkali melihat kehadiran sang bedal di siang hari,” katanya lagi.



Beliau menyarankan agar pihak perhilitan memindahkan buaya tersebut ke tempat yang lebih selamat untuk mengelakkan konflik antara haiwan itu dengan manusia.

“Jika ada orang ramai yang ternampak reptilia itu muncul jangan mudah panik sebaliknya terus maklumkan kepada pihak terbabit untuk langkah pencegahan.

“Kita juga mengingati ibu bapa di kawasan tersebut agar menasihati anak-anak mereka agar lebih berhati-hati dan jangan membiarkan anak-anak bermain di tepi sungai terutama ketika cuti sekolah sekarang,” katanya.

Omarali turut berharap pihak berkaitan agar turun padang untuk menangkap buaya berkenaan bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. UB



Sang bedal baham anjing, resahkan penduduk


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sang bedal singgah masuk kampung



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker