Facebook Gantung Akaun Donald Trump Selama 2 Tahun

Facebook Gantung Akaun Donald Trump Selama 2 Tahun

Facebook Gantung Akaun Donald Trump Selama 2 Tahun

LAMAN SOSIAL Facebook, menggantung akaun bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk tempoh dua tahun.

Laman itu memaklumkan, Trump wajar dikenakan hukuman maksimum kerana mencabuli peraturan lamannya, susulan peranan beliau dalam protes penyokongnya di bangunan US Capitol Januari lalu.



Penggantungan itu kata Facebook adalah penalti tertinggi yang dikenakan.
Facebook juga memberitahu tidak lagi memberi imuniti kepada pemimpin politik berhubung kandungan tidak wajar di lamannya.

Syarikat itu sebelum ini mengekalkan keputusan penggantungan akaun Trump, selepas protes di US Capitol.

Ia mendakwa Trump bertanggungjawab menghasut penyokong untuk bertindak ganas.

Selain Facebook, laman Twitter turut menggantung akaun Trump.

Penggantungan Trump ini bermakna beliau hanya akan kembali ke platform Facebook pada Januari 2023 menjelang Pilihan Raya Presiden 2024.



Sementara itu, White House menyokong keputusan Facebook menggantung akaun Trump.

Setiausaha akhbarnya, Jen Psaki menegaskan, syarikat medial sosial bertanggungjawab mengekang penularan berita palsu.

Facebook dalam pada itu memaklumkan, di akhir penggantungan akaun Trump pada 2023, ia akan menilai semula risiko kepada rakyat.

“Pandangan kami adalah setiap syarikat media sosial, sama ada Facebook, Twitter atau platform lain yang menyebarkan maklumat kepada jutaan penduduk Amerika, mempunyai tanggungjawab untuk menyekat berita palsu, sama ada mengenai pilihan raya atau malah mengenai vaksin, ketika kami mahu memastikan rakyat selamat dengan misi menjadikan keadaan kembali normal.



“Kita banyak belajar dari bekas presiden Trump sejak kebelakangan ini berhubung bagaimana sikapnya ketika menggunakan platform ini,” jelasnya.-The Guardian

Facebook Gantung Akaun Donald Trump Selama 2 Tahun


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Akaun Facebook Trump disekat selamanya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker