Pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen

Pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen

 

Pelumba Moto Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen

Pelumba profesional negara Hafizh Syahrin Abdullah ke luar negara bukan melancong atau untuk beli karpet tetapi mewakili negara dalam sukan bertaraf dunia.

Begitu luahan seorang peminat sukan di facebook ekoran tindakan imigresen menolak permohonan isteri pelumba Moto2 negara itu, Noor Suzana Abdul Manaf bagi menemani suaminya yang kini sedang berlumba di sirkit dunia.

Pengguna Facebook

Pengguna facebook dengan nama Mohd Khairul MK dalam hantarannya meminta pihak terbabit memberi perhatian sedikit akan masalah yang dihadapi Hafizh Syahrin

“Cuba jengok sikit, ada budak Malaysia yang makan nasi lemak, tosai dan char kue tiaw dekat Spain (Sepanyol) sorang sorang. Ssurat beranak Malaysia, dari kecil duduk Ampang tapi minta kebenaran untuk bawa isteri keluar negara bukan sebab melancong, beli karpet atau saja nak selfie,  tapi atas tiket wakil Malaysia dalam sukan dunia, kena tendang.
“Budak ni bukan bersukan acara galah panjang, guli atau baling selipar. Sukan dia adalah antara sukan yang berisiko tinggi. Lagi satu, dia bukan anak orang kaya yang ada entourage sekampung bila pergi, dia ni bersukan atas merit kemampuan dia, bukan naturalisasi dan bukan bapa bayar untuk pi (pergi) berlumba.
“Jadi, dia layak bawa isteri sebagai peneman untuk menguruskan hal dia sebagai atlet,” luah Mohd Khairul.
Sedangkan  katanya,  sekarang ini tiba-tiba tiba ramai pemain bola sepak bertatu main untuk Malaysia, menggunakan status naturalisasi tidak tahu passport mereka warna apa.
“Walaupun makan spagetti tetap kalah, paling tak boleh tahan disanjung pula walaupun kalah,” katanya.
Permohonan Noor Suzana untuk ke Itali bagi berada di samping Hafizh Syahrin ditolak oleh Jabatan Imigresen kerana tiada alasan kukuh selain perlumbaan tidak tetap.

Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen satu kenyataan memberitahu, mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.

Katanya, penggunaan kelulusan itu dengan tujuan selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara adalah dilarang sama sekali.

“Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara telah ditolak kerana tujuan melancong serta bercuti tidak dibenarkan dan hanya ahli sukan yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan.

“Sebagai contoh pelumba basikal dan pemain golf profesional tetapi bagi mereka yang menyertai kejohanan secara ‘on dan off’, mereka tidak dibenarkan membawa pasangan. Hanya jurulatih dan kru profesional sahaja dibenarkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Hafizh meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk terbangkan isterinya ke Eropah tidak kesampaian selepas gagal mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Imigresen.

Situasi terbabit menyebabkan pelumba terbabit sekali lagi meluahkan kemarahannya di laman Instagram apabila dikatakan isterinya Suzana ‘sangkut’ seterusnya tidak boleh terbang ke Itali.

Kesulitan yang dihadapi Suzana itu kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kerajaan bermula 1 Jun, sekali gus perjalanan ke luar negara dihadkan bagi membendung penularan Covid-19. – UTUSAN

Pelumba Moto Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hafizh ‘meletup’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker