Kenapa lagakan rakyat dan istana?

Kenapa lagakan rakyat dan istana?
Kenapa lagakan rakyat dan istana?

Penulis meluahkan rasa simpati apabila melihat orang ramai terpaksa beratur panjang untuk ujian penilaian Covid-19, baru-baru ini.

Sejarah penjajah terlalu diagungkan sehingga sejarah kita sendiri yang begitu bermakna dilupakan. Boleh dikatakan kita terlalu menyimpan dan menjaga warisan sejarah penjajah sehinggakan warisan sejarah sendiri diabaikan. Penjajah Portugis dan Belanda yang hanya mampu menguasai Kota Melaka dan tidak mampu meluaskan tanah jajahan ke negeri-negeri Melayu lain sejak runtuhnya Kesultanan Melaka pada 1511.

Malahan Pulau Pinang sahaja dijajah British pada 1786 dan Kota Melaka pada 1824. Bagi negeri-negeri lain pada masa itu masih bebas. Yang mengejutkan, keluarga James Brooke hanya dilantik sebagai penguasa negeri dan bukannya diberikan terus kepada James Brooke. Itu pun bermula dari 1841 di Sarawak sahaja.

Di Sabah pula, sebuah syarikat Amerika menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada 1865, kemudian diambil alih sewa oleh syarikat Overbeck pada 1878. Sabah dan Sarawak hanya dijajah British selepas 1946. Dari 1841 hingga 1945, Sarawak masih dimiliki oleh Brunei dan dianggap sebagai naungan keluarga Brooke. Sabah pula hanya disewa dari 1865 hingga 1945. Pengecualian diberikan kepada Singapura kerana tidak lagi berada dalam Malaysia.



Jadi, negeri-negeri Melayu hanya berada dalam naungan British sejak 1874 melalui Perjanjian Pangkor. Itu pun hanya negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bagi negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu hanya berada dalam naungan British bermula Perjanjian Bangkok 1909. Ini bermakna negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu masih merdeka dan hanya berada dalam naungan.

Bekalan air pun ‘total lockdown’? Jem!

Malayan Union

British terpaksa melepaskan negeri-negeri naungan setelah gagal menjajah Tanah Melayu apabila orang Melayu bangkit menentang Malayan Union pada 1946. Maka Perjanjian 1948 yang mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberi ruang untuk Tanah Melayu merdeka dan bebas daripada naungan. Disebabkan itu, kemerdekaan daripada naungan menjadi satu proses diplomasi dan bukannya revolusi seperti Indonesia. Indonesia benar-benar dijajah Belanda.



BARAT

Malangnya sehingga ke hari ini, masih ada rakyat Malaysia (termasuk Melayu sendiri) yang menganggap Tanah Melayu dijajah. Sila buktikan, di manakah penjajahan itu?

Penjajahan selalu menidakkan sistem pemerintahan beraja dan rakyatnya terpaksa mengasimilasikan budaya penjajah sebagai sebahagian budaya mereka.

Inilah dikatakan apabila rakyat sendiri selama ini ditipu dengan mitos penjajahan. Akibatnya, pemikiran kita turut dijajah dan mengagungkan budaya penjajah. Ini bermakna kita sendiri yang merelakan pemikiran dan budaya kita dijajah sedangkan sejarah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hanya di bawah naungan atau sewaan.



Apabila minda kita terjajah maka kita mula membenci sistem raja berperlembagaan dan jati diri negara ini. Akibatnya lahir segelintir pemimpin politik yang anti-istana dan ingin menjadikan negara ini menjadi republik. Adakah dengan menjadikan negara ini sebagai republik mampu menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku? Adakah sistem republik model Barat itu lebih baik daripada model sistem raja berperlembagaan negara ini?

Bukan semua yang ada di Barat itu sesuai dengan kehidupan kita. Walaupun ada sebilangan yang mendapat pendidikan Barat, sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari



Pemodenan Jepun

Sebagai contoh, pemodenan Jepun yang mengambil ilmu Barat semasa pemerintahan Maharaja Meiji, tidak mengubah sistem beraja negara tersebut. Malahan rakyat Jepun yang mendapat pendidikan Barat apabila balik ke Jepun tidak kelihatan membawa balik elemen-elemen antiistana.

Malahan rakyat Jepun yang kembali ke Jepun dilihat memodenkan dan memajukan negaranya mengikut acuan kejepunan, bukannya menumbangkan sistem beraja yang ada. Kesetiaan rakyat Jepun yang mendapat pendidikan Barat lebih taat dan patuh kepada Maharaja Meiji walaupun tindakannya terlibat dalam Perang Dunia Kedua tidak pernah diragui dan dipersoalkan.

Teramat pelik di negara kita, masih ada pemimpin politik yang masih kurang faham apa yang sedang berlaku di negara ini. Apa yang menyedihkan, terdapat segelintir pemimpin politik cuba mengambil kesempatan dengan mengeruhkan hubungan golongan istana dengan rakyat. Politik rimba apakah ini? Musuh-musuh bertepuk tangan kerana politik sebegini tidak menguntungkan pribumi.

Negara kini dilanda krisis peningkatan kes Covid-19 disebabkan sebahagian rakyat degil dan tidak mahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Akibatnya apabila kes Covid-19 semakin kritikal maka kesan impaknya adalah ekonomi. Ekonomi kini menjadi taruhan disebabkan terdapat pemimpin politik yang hanya tahu mengkritik dan mencari alasan untuk menunjukkan persepsi negatif ke atas kerajaan. Mereka tidak mahu saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Tetapi ingin menimbulkan masalah sehingga akhirnya sebahagian besar rakyat marhaen tertekan dan hidup dalam kesusahan.



Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh

Prinsip Rukun Negara

Bagi mereka, prinsip Rukun Negara tidak penting apabila melihat berlakunya serangan demi serangan ke atas istana. Malahan cuba melaga-lagakan antara rakyat dan istana. Seolah-olah golongan istana ini kelihatan tidak berlaku adil dan kelihatan zalim. Persoalannya, di manakah kewarasan dan sifat empati ke atas rakyat yang kini rata-rata tertekan dengan krisis Covid-19? Sepatutnya pemimpin-pemimpin politik turun padang dan membantu rakyat semasa waktu krisis ini, bukannya mencurahkan cuka dan garam ke atas situasi kritikal sebegini.

Melihat dengan mata kepala saya sendiri baru-baru ini, teramat sedih melihat 2,000 rakyat terpaksa beratur begitu panjang di bawah panas terik mentari, ditambah dengan khemah yang tiada berkipas untuk membuat penilaian Covid-19 di Dewan Komuniti, Taman Kajang Utama, Selangor. Di manakah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk membantu ketika rakyat sangat memerlukan? Alangkah indahnya jika golongan istana, wakil rakyat dan rakyat kelihatan bersama. Pasti akan terpahat dalam sejarah kerana raja dan rakyat berpisah tiada. Bukannya menanam kebencian terhadap istana.



Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah ialah Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kenapa lagakan rakyat dan istana?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bom mortar disangka mainan – Mujur tak meletup

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker