‘King’ terbabas selepas langgar jentera bomba

PETALING JAYA – Gara-gara memasuki laluan secara tiba-tiba, sebuah Perodua Myvi melanggar sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.38 pagi

“Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian, Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berumur 42 tahun itu datang dari susur kiri lebuh raya dan melanggar jentera bomba tersebut.



“Akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berumur 42 tahun,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Sebuah jentera bomba yang dilanggar Perodua Myvi dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.
Sebuah jentera bomba yang dilanggar Perodua Myvi dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.

“Siasatan mendapati jentera tersebut dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Jalan Tun, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Bahagian Kejuruteraan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur di Bandar Kinrara bersebelahan IPD Serdang untuk dibaik pulih.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.



Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini



Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker