Moratorium: Kerajaan ada ‘kuasa besar’ atas bank
Moratorium: Kerajaan ada ‘kuasa besar’ atas bank, kata peguam
Seorang peguam mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang ke atas bank berhubung moratorium pinjaman.
Derek Fernandez berkata, menteri sebenarnya memiliki “kuasa besar” untuk secara sah memaksa bank-bank memberikan moratorium.
“Semua kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal sepenuhnya institusi kewangan kerana perbankan dan kewangan adalah komponen penting dalam keselamatan ekonomi dan negara,” katanya.
Tambahnya, lesen perbankan bukanlah hak dari segi undang-undang, tetapi hak istimewa, yang disertakan dengan syarat-syarat yang boleh dan mesti dikenakan oleh kerajaan demi kepentingan negara.
Fernandez berkata, kerajaan, melalui Menteri Kewangan, boleh mengguna pakai kembali Akta Langkah-Langkah Sementara Covid-19, dan meluaskan skopnya untuk merangkumi institusi kewangan dan pembayaran balik pinjaman, jika permintaan tidak diendahkan bank.
Kerajaan bahkan boleh memperluas skop Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk mencapai hasil yang sama, walaupun mungkin tidak perlu kerana terdapat saluran undang-undang lain, terutamanya Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013 (FSA).
Tambahnya, Kementerian Kewangan, yang mengeluarkan lesen perbankan bawah Seksyen 10 FSA, dan Bank Negara (yang juga boleh mengeluarkan lesen bawah Seksyen 11) boleh memutuskan untuk tidak memperbaharui atau memberikan kelulusan lesen lebih lanjut kepada bank yang tidak bekerjasama dengan kerajaan.
Seksyen 13 FSA juga membolehkan menteri atau Bank Negara mengenakan syarat baharu ke atas institusi kewangan sedia ada.
Mengulas lanjut, Fernandez berkata, Seksyen 11 dan 13 FSA membenarkan pertimbangan dasar negara diambil kira dalam keputusan untuk meluluskan atau memperbaharui lesen institusi kewangan.
Pada sidang media semalam, Tengku Zafrul berkata moratorium pinjaman terbaru dicadangkan kerajaan bawah pakej bantuan Pemerkasa Tambahan adalah hasil perbincangan antara Bank Negara dan bank-bank.
Beliau sebelum itu ditanya mengapa moratorium tidak diberikan kepada semua dan secara automatik, seperti yang dilakukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama.
Moratorium pilihan yang diumumkan semalam adalah untuk kumpulan B40, mereka yang kehilangan pekerjaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). FMT
Moratorium: Kerajaan ada ‘kuasa besar’ atas bank, kata peguam
Baca Artikel Menari
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Moratorium: Kerajaan tidak kawal bank tentukan bentuk bantuan kepada peminjam – Tengku Zafrul
You must be logged in to post a comment.