Najib anggap alasan Azhar enggan buka parlimen sebagai ‘ajaib’

Najib anggap alasan Azhar enggan buka parlimen sebagai 'ajaib'

Najib anggap alasan Azhar enggan buka parlimen sebagai ‘ajaib’

Terus mendesak agar parlimen dibuka semula, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyindir Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun yang berpendapat sebaliknya.

Masih ‘nakal’ di media sosial Najib berkata sekarang berlaku situasi “ajaib” apabila pendirian itu kekal ketika kerajaan memiliki kuasa besar melalui darurat untuk mengadakan sidang parlimen.

Najib anggap alasan Azhar enggan buka parlimen sebagai 'ajaib'

Kata Najib dengan berkuatkuasanya darurat kerajaan boleh bertindak lebih mudah seperti mengambil alih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menggantung Akta Kewangan untuk membolehkan mereka berbelanja “sesuka hati”.

Kerajaan juga katanya sebelum ini meminda had maksimum kompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dari RM1,000 menjadi RM10,000.

“Tapi tak boleh pinda akta untuk membenarkan sidang parlimen secara maya pulak.

“Pelik, sidang maya dengan ratusan tauke sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh pula. Lagi ajaib,” katanya lagi.

Sebelum ini Azhar dipetik sebagai berkata banyak pindaan undang-undang perlu dilakukan sebelum sidang parlimen secara maya dapat dilakukan di negara ini.

Kenyataan itu dibuat ketika ramai pemimpin Umno – termasuk timbalan Azhar sendiri, Azalina Othman Said – berpendapat sidang parlimen perlu diadakan bagi membincangkan situasi semasa negara berdepan Covid-19.

Kata ahli parlimen Pengerang itu, sidang tersebut boleh diadakan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Untuk rekod, Azhar dan Azalina adalah tokoh pengamal undang-undang kanan dan dikenali ramai sebelum ini.

Kata Najib kejanggalan juga dapat dilihat pada pelaksanan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang berkuat kuasa selama dua minggu mulai hari ini.

“Ajaib seperti buat total lockdown dengan traffic jam selepas 95,142 buah syarikat diberi kebenaran beroperasi oleh Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) setakat ini,” katanya lagi. Mk

Najib anggap alasan Azhar enggan buka parlimen sebagai ‘ajaib’


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Azalina: Buka parlimen dapat tingkatkan keyakinan rakyat tangani wabak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker