Lelaki ragut beg tangan jiran dicekup

AHMAD ZAMRY (kanan) menunjukkan gambar suspek yang disyaki melakukan jenayah ragut ke atas jirannya pada sidang akhbar di IPD Segamat, hari ini.

Seorang lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita yang juga jirannya, kelmarin, ditahan polis di rumahnya di Taman Sri Emas, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, suspek yang berusia 30-an diberkas kira-kira lapan jam selepas melakukan jenayah bersebut.

“Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun sedang berjalan kaki berhampiran rumahnya sebelum didatangi suspek berusia 30-an yang menunggang motosikal Honda EX5 sebelum meragut beg tangan mangsa.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 2.30 petang hari yang sama (kelmarin), sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan anggota polis Labis telah pergi ke sebuah rumah di Taman Sri Emas, Labis dan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di IPD Segamat, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, hasil siasatan mendapati jarak rumah mangsa dan suspek hanya beberapa meter sahaja.

Suspek disyaki turut terbabit dalam kes ragut beg tangan mengandungi wang tunai RM30 dan set kunci kawalan jauh pintu sebuah klinik terhadap mangsa yang juga jururawat swasta secara berseorangan.

“Suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan dua rekod jenayah,” ujarnya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker