Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500
Lima pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, dekat Jempol, Negeri Sembilan masing-masing dikompaun RM1,500 kerana gagal mendaftar masuk ke premis kerja mereka hari ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, pasukan petugas pemantauan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 melakukan pemeriksaan di premis itu kira-kira 11.15 pagi tadi.
Katanya, lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disediakan di tempat kerja mereka.
“Semuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam kenyataan. FMT
Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500
Baca Artikel Menari
- Peti mayat penuh, Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19
- Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis
- Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham
- Pinjam hampir RM 100b dalam tempoh 5 bulan kira tak banyak ke – tanya Najib
- Tak hadir mesyuarat, mana adab Muhyiddin dengan Sultan Johor
- Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas
Layari Laman Facebook MYKMU NET