Kena Kompaun RM45000 Sebab Kemaruk Nak Sambut Raya



Sebaran :

Kena Kompaun RM45,000 Sebab Kemaruk Nak Sambut Raya

 

Kena Kompaun RM45000 Sebab Kemaruk Nak Sambut Raya

JOHOR BAHRU – Seramai 30 individu termasuk remaja belasan tahun sanggup menyewa tiga buah pangsapuri di bandar raya ini untuk berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilitri.

Tindakan itu menyebabkan kesemua mereka dikenakan kompaun keseluruhan sebanyak RM45,000 apabila aktiviti itu dapat dihidu pihak polis yang menjalankan tiga serbuan berasingan tengah malam semalam.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, operasi bermula pada pukul 12.15 tengah malam itu melibatkan dua serbuan di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri dan sebuah di Persiaran Jaya Putra, Taman Jaya Putra.

Mohd. Padzli berkata, kesemua individu berkenaan dipercayai menyewa kediaman tersebut beberapa hari untuk berkumpul sempena hari raya.

“Hasil serbuan pihak polis telah berjaya menahan seramai 30 orang yang terdiri daripada 19 lelaki dan 11 wanita berusia lingkungan 16 hingga 29 tahun.



“Ketika serbuan dibuat, kesemua yang diperiksa berkumpul di ruang tamu rumah tersebut tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

“Semua yang ditahan dikenakan kompaun di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 2) 2021 kerana melanggar syarat dan tiada penjarakkan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Kena Kompaun RM45000 Sebab Kemaruk Nak Sambut Raya


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET



Polis cari pemilik Twitter fitnah kena kompaun RM30,000


Sebaran :


Leave a Reply