Geng Mat Turbo ‘kaki’ curi lembu

Gombak: Kegiatan sekumpulan enam penjenayah dikenali ‘Geng Mat Turbo’ yang aktif melakukan jenayah curi lembu tumpas apabila ditahan polis dalam serbuan berasingan di Selangor dan Pahang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam serbuan pertama jam 4.30 petang Selasa lalu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan dua lelaki dan seorang wanita di Ampang, Selangor.

Menurutnya, ia susulan laporan diterima pihaknya berhubung kehilangan lima ekor lembu di Batu Arang, Selangor pada Ogos lalu.

Katanya, hasil soal siasat terhadap suspek ditahan membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki di Jengka, Pahang serta Taman Impian Ehsan Balakong dan Ampang, Selangor.

“Kami turut merampas sebuah kereta, peralatan digunakan untuk mencuri lembu dan wang tunai sebanyak RM2,000.

“Siasatan mendapati geng terbabit bergerak aktif mencuri lembu dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Subaru Exiga serta MPV Proton Exora,” katanya hari ini.

Arifai berkata, suspek turut melakukan jenayah itu di sekitar Jerantut dan Jengka, Pahang serta Semenyih dan Kajang, Selangor.

“Kesemua suspek berusia 20 hingga 31 tahun direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker