Isu persenda busana Iban, tiga selebriti Sarawak bersuara

Isu persenda busana Iban, tiga selebriti Sarawak bersuara

Isu persenda busana Iban, tiga selebriti Sarawak bersuara

PETALING JAYA – Rentetan daripada isu penghinaan busana tradisional kaum Iban di Sarawak oleh pasangan YouTuber Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam Younarae, beberapa selebriti kelahiran Bumi Kenyalang mula bersuara mempertahankan budaya kebanggaan mereka.

Antara selebriti yang dilihat lantang mempertahankan maruah busana tradisional masyarakat kaum Iban di Sarawak itu ialah Bob Yusof, Faye Kusairi dan Dewi Liana Seriestha.



Penyanyi Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 39, berpendapat, jika seseorang itu ingin melawak sekalipun, mereka harus berfikir dahulu supaya tidak menghina budaya masyarakat lain.

“Kalau nak buat lawak pun, janganlah sampai menghina pakaian tradisional kaum dan bangsa lain. Pakaian tradisional Iban bukan senang untuk dibuat dan sangat unik sama seperti pakaian tradisional lain di Malaysia.

“Tapi kalau menyamakan pakaian tradisional dengan kain buruk atau alas meja, itu adalah satu penghinaan. Kita warga Malaysia yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, kesopanan, kesusilaan dan berbudaya,” tulisnya dalam Instagram.

Bagi pelakon Faye Kusairi pula, dia mengakui terguris dengan penghinaan oleh pasangan suami isteri itu terhadap busana kebanggaan masyarakat di Sarawak.



Kain buruk

“Tahu tak ‘kain buruk’ yang awak cakap itu dibuat dengan kerja tangan dan corak (motif) pada kain diperoleh menerusi mimpi. Kemudian perlu masuk ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang untuk ditenun.

“Hanya mereka (penenun) yang mendapat mimpi itu sahaja yang mampu menenun berdasarkan memori pada mimpi mereka. Begitu majistik ‘kain buruk’ yang awak cakap tu,” katanya.

Ujar Faye lagi, sebagai anak jati kelahiran Sarawak, dia jarang mendengar kaum Dayak Serawak mempermainkan atau mempersenda adat dan budaya kaum lain.

“Mereka yang dikatakan ‘kuno’ inilah yang paling pandai menghormati orang lain berbanding masyarakat yang jauh lebih maju,” katanya.



Sementara itu, penyanyi yang juga bekas ratu cantik Malaysia, Dewi Liana Seriestha pula berpendapat bahawa seseorang itu perlulah bijak menggunakan teknologi yang ada untuk mencari info dan maklumat yang tepat.

“Gunakan telefon pintar untuk mencari maklumat. Belajar dan mengetahui tentang sesuatu perkara di luar pengetahuan kita sendiri sangat menyeronokan.

“Awak boleh jadi bodoh. Tapi jangan jadi terlalu bodoh. Atau sekurang-kurangnya jangan tunjukkan kepada seluruh dunia. Belajar untuk menghormati orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, heboh dalam laman sosial apabila Ryzal memuat naik video di InstaStory dengan mempersenda busana Ngepan Iban yang dipakai Maryam untuk satu penggambaran.



Video itu menjadi tular sehingga mendapat kecaman warganet terutama dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Ryzal dan Maryam yang juga merupakan seorang warga Korea Selatan kemudiannya telah memuat naik video permohonan maaf mereka kepada masyarakat kaum Iban kerana kesilapan tersebut. K Online

Isu persenda busana Iban, tiga selebriti Sarawak bersuara

 


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] ‘Ini Kain Buruk’, Perli Pakaian Iban..Gurauan Ryzal & Maryam Durian Kimchi Undang Kecaman Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker