Ebit Lew tiba di Mesir dalam misi bantu rakyat Palestin
Ebit Lew tiba di Mesir dalam misi bantu rakyat Palestin
Pendakwah bebas dan dermawan, ustaz Ebit Lew tiba di Mesir semalam dalam misi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Katanya, sebaik tiba di negara itu, beliau disambut baik oleh Kedutaan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) United Kingdom (UK) terkenal yang sering membantu Gaza.
“Syukur pada Allah, sebaik sampai ke Mesir (saya) disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu Gaza.
“Saya akan menguruskan dan membeli barangan perubatan dan segala keperluan yang akan dihantar terus ke Gaza hari ini.
“Bagaimanapun, ia perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah iaitu satu-satunya laluan terus ke Gaza,” Entri Ebit Lew menerusi Facebooknya hari ini.
Menurut Ebit, beliau terharu dengan sambutan Kedutaan Malaysia di Mesir dan sangat membantu serta memudahkan urusannya.
“Betapa negara kita sangat sayangkan Palestin,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya.
“Semoga Allah merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,” katanya. MG
Ebit Lew tiba di Mesir dalam misi bantu rakyat Palestin
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.