Pusat judi, arak dan hiburan masih beroperasi, kerajaan buat apa?
Rakyat damba pemimpin berani, berintegriti buat perubahan
Pusat judi, arak dan hiburan masih beroperasi, kerajaan buat apa? Sekiranya kerajaan berani menutup semua operasi maksiat dan mungkar di negara ini, tidak mustahil COVID-19 akan beransur pulih.
Menyuarakan pandangan itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat berkata, rakyat sekarang mendambakan pemimpin yang benar-benar jujur, berani dan berintegriti untuk membuat perubahan.
“Jika pemimpin negara sekarang berani laksanakan amanah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan agama, bangsa dan negara sebagaimana lafaz sumpah mereka dihadapan Yang di-Pertuan Agong.
“…insya-Allah saya yakin bukan setakat wabak COVID-19 ini akan beransur pulih bahkan kerajaan PN insya-Allah terus kuat mendapat sokongan rakyat khususnya umat Islam dalam negara kita ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Pengerusi PEMBELA itu merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan susulan arahan penutupan serta-merta kasino Genting Highlands baru-baru ini.
Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya
Meskipun begitu, beliau berkata, banyak lagi pusat-pusat judi, arak, premis-premis hiburan serta kartel-kartel haram yang masih beroperasi dalam negara ini.
“Justeru, mohon jika kerajaan benar-benar jujur untuk hapuskan maksiat dan mungkar yang datangkan bala kemurkaan Allah SWT ke negara kita ni, hapuskanlah semua sekali.
“Dan jangan bagi dah lesen kepada mereka untuk beroperasi selepas ini selamanya sebab kerajaan dulu banyak yang buat-buat tak berapa nampak tempat mungkar macam ni,” katanya.
Pusat judi, arak dan hiburan masih beroperasi, kerajaan buat apa?
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam