Kemalangan LRT: 3 mangsa alami pendarahan otak, dirawat di ICU – HKL

Kemalangan LRT: 3 mangsa alami pendarahan otak, dirawat di ICU - HKL
Kemalangan LRT: 3 mangsa alami pendarahan otak, dirawat di ICU – HKL. Tiga penumpang yang terlibat dalam melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC, mengalami pendarahan otak dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah HKL Dr Heric Corray berkata pihaknya telah melakukan pembedahan terhadap pesakit berkenaan dan mereka kini berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi penumpang perlu menjalani rawatan resusitasi serebrum.

“Tiga lagi penumpang dirawat di wad biasa kerana mengalami patah tulang, kecederaan di dada dan di hati,” katanya pada sidang media khas di HKL hari ini.

Dalam pada itu, Dr Heric memaklumkan pihaknya mula menerima 67 penumpang yang cedera akibat kemalangan itu pada 9.30 malam tadi dan seramai 61 penumpang dibenarkan pulang.

“Daripada jumlah itu, 61 penumpang merupakan warga tempatan manakala lima adalah warga asing manakala seorang tidak dapat dipastikan kewarganegaraannya,” katanya.

Dr Heric berkata seramai 300 petugas HKL terlibat dalam kerja-kerja merawat mangsa kemalangan itu sejak semalam dan kesemua mereka mengenakan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang sepatutnya.

“Kami juga menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua penumpang yang menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong berkata semua kakitangan yang terlibat pada kejadian semalam telah diarahkan untuk tidak terlibat dalam pengendalian pengoperasian.

“Kami akan siasat kes ini daripada pelbagai sudut dan pasukan panel penyiasat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan dan laporan siasatan perlu dikemukakan kepada saya dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Semalam, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung kira-kira jam 8.45 malam.

Berikutan itu, MOT menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca kejadian itu. Bernama

Kemalangan LRT: 3 mangsa alami pendarahan otak, dirawat di ICU – HKL


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


LRT bertembung: Bagaimana ia boleh berlaku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker