LRT bertembung: Bagaimana ia boleh berlaku



Sebaran :


Negara dikejutkan dengan laporan mengenai perlanggaran antara dua tren LRT di laluan Kelana Jaya, salah satu landasan paling sibuk dalam perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Ini adalah kemalangan terburuk dalam sejarah perkhidmatan sejak ia beroperasi pada 1996, dengan gambar dan video mangsa yang turut dimuat naik ke media sosial sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkejut dengan kejadian itu.

FMT memberi anda maklumat mengenai bagaimana kejadian itu berlaku, berdasarkan apa yang kami ketahui setakat ini.



Tren 181 dan 240 berlepas dari stesen masing-masing

Tren 181 dan 240 berlepas dari stesen mereka kira-kira jam 8.30 malam, masing-masing bergerak dari stesen KLCC dan Kampung Baru, menuju ke arah bertentangan.

Tren 181 membawa 213 penumpang dan telah bergerak dengan kelajuan 40km/j.



Sementara itu, tren 240 kosong kecuali seorang pengendali yang memandu tren berkenaan ke Gombak secara manual untuk penyelenggaraan. Ia bergerak pada kelajuan 20km/j.

Pertembungan dua tren

Kedua-dua tren bertembung di landasan sama bawah tanah berhampiran stesen KLCC, menyebabkan 47 orang cedera parah dan 166 penumpang lain mengalami kecederaan ringan.



Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diselamatkan dalam masa kurang dari satu jam oleh pasukan kecemasan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Puncanya?

Sementara kejadian masih dalam siasatan, Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh “miscommunication” di pusat kawalan talian.



Beliau berkata, pemandu tren tidak dapat mengesan tren yang akan datang dari arah bertentangan kerana kemungkinan ‘miscommunication”, selain berkata kedua-dua tren itu seharusnya tidak berada pada landasan yang sama.

Satu pasukan tugas khas akan ditubuh untuk menyiasat kemalangan itu dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, beliau menjangkakan akan menerima laporan awal daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini.
FMT

[VIDEO PENUH] : LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan


Sebaran :


Leave a Reply