Resepi Ayam Ketumbar Jintan Pedas



Sebaran :


RESEPI AYAM KETUMBAR JINTAN PEDAS

Jom kita masak ayam style lain pula kali ni. Ini masakan yang enak dimakan lebih-lebih lagi dengan nasi minyak.

Bahan-bahan



1 ekor ayam(Potong)
2 batang serai(dikatok)
Cili padi merah 5 batang(dikatok
Cili padi hijau 5 batang(dikatok)
2 helai daun salam
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 cawan air putih
Kentang 1 biji dibelah
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya
Minyak masak( untuk menumis)

BAHAN KISAR HALUS

2 biji bawang besar
5 biji buah keras
5 ulas bawang putih
2 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2cm kunyit hidup



Cara memasak

1.pamaskan minyak ,lalu tumis bahan KISAR HALUS hingga pecah minyak.

2.kemudian,masukkan ayam,cili padi,serai,asam keping Dan daun salam.gaul rata Dan masukkan air.
Serta masakkan sehingga ayam agak lembut Dan masak sehingga sedikit kering.
(JIKA SUKA BERKUAH, JANGAN MASAK TERLALU LAMA.



3.akhir sekali masukkan,gula melaka,serbuk perasa Dan garam.Rasakan dengan secukup Rasa Yang dimahukan

4.Siap dihidang

Resepi Nurul Ateekah



Resepi Sotong Phat Phet Thai Viral


Sebaran :


Leave a Reply