Najib Razak jawab Tengku Zafrul : Isu Hutang Negara

Najib Razak jawab Tengku Zafrul

Najib Razak jawab Tengku Zafrul : Isu Hutang Negara

Saya jawab posting Menteri Kewangan PN tadi.

Secara ringkas, ini faktanya:โ €

๐Ÿ’ฐKesemua pinjaman Kerajaan adalah berdasarkan perbelanjaan yang diluluskan di Parlimen sewaktu pembentangan Belanjawan 2021.โ €
๐Ÿ’ฐKerajaan TIDAK PERNAH menggunakan Ordinan Darurat untuk meningkatkan atau menambah perbelanjaan melebihi had siling yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Ogos 2020.โ €

๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ:

Jadi, apa gunanya kuasa Darurat jika tidak diguna untuk membantu Rakyat?
Sebenarnya tidak betul jawapan dia.
Ordinan baharu pada 31 Mac 2021 beri kuasa PM, MB dan KM guna dana tanpa kelulusan wakil rakyat
https://www.bharian.com.my/…/ordinan-baharu-beri-kuasa
Sebab itu, defisit kerajaan untuk suku 1 tahun 2021 sebanyak RM37.1 bilion adalah paling tinggi dalam sejarah – lagi tinggi berbanding suku 2 (RM24.6b) dan suku 3 tahun 2020 semasa PKP 1 di mana banyak bantuan diberi.
Ini baru masuk suku pertama (3 bulan), defisit kerajaan dah sebanyak 44% daripada defisit RM84.8b bagi keseluruhan bajet tahun 2021 yang diluluskan.
44% (RM37.1b) sudah guna suku 1. Baki 56% (RM47.5b) untuk 3 lagi suku tahun. Betul?

Penjelasan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157864786785952

Pada bulan Ogos 2020, kerajaan PN naikkan had hutang dari 55% ke 60%.
Pada akhir tahun 2020, nisbah hutang dah cecah 62.2% apabila jumlah hutang negara naik RM87.6 bilion pada tahun 2020 sahaja seperti tertulis di dalam laporan kewangan fiskal kerajaan suku itu.
Tapi kenapa pula apabila hutang naik RM38b pada suku 1 tahun 2021 dan KDNK (saiz ekonomi) masih susut, nisbah hutang boleh pulak turun ke 58.5% (dan bukan naik ke 64.6% dan cecah lagi had hutang) seperti dalam laporan fiskal suku ini yang dikeluarkan minggu lepas?
Magic ke?
Persoalan ini langsung tidak dijawab dia hari ini:

Penjelasan ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157904763150952

๐Ÿ’ฐPinjaman Kerajaan setakat April 2021 berjumlah RM81.8 bilion dan setakat bulan Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion seperti didakwa sesetengah pihak.โ €
๐Ÿ’ฐDalam senarai pinjaman kerajaan yang dibentangkan oleh DS Najib, terdapat pinjaman yang dibuat oleh Petronas dan Khazanah. Mereka meminjam untuk keperluan modal dan aliran tunai masing-masing. Itu hutang mereka, bukan hutang Kerajaan Persekutuan.โ €

๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ:

Ini kes dia kata.. “Najib salah sebab kata kita pinjam RM115.53 bilion sebab kerajaan cuma pinjam RM99.3 bilion sahaja. Yang lain dipinjam Khazanah dan Petronas – bukan kerajaan”
(Maksudnya senarai diberi Najib adalah tepat sekali, kan?).

Ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157904641910952

Kalau dah pinjam hampir RM100 bilion dalam tempoh tak sampai 5 bulan tahun 2021 sahaja (hutang naik RM87.6b bagi keseluruhan tahun 2020), ke mana perginya dan kenapa tak digunakan untuk bantu Rakyat dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0?
Perlu ingat juga bahawa kerajaan juga ambil dividen lebih tinggi dari Khazanah dan Petronas tahun lepas. – misalnya Petronas bayar dividen RM34 bilion walaupun ianya rugi RM21 bilion.
Sebab itu, Khazanah dan Petronas terpaksa pinjam dalam bentuk USD tahun ini dan tahun lepas untuk mengimbang semula keperluan aliran tunai.
โ €
๐Ÿ’ฐKerajaan hari ini tidak tidak membuat pinjaman di luar Belanjawan tahunan (off-balance sheet), tidak seperti Kerajaan terdahulu. โ €
๐Ÿ’ฐAntara 2008 hingga 2017 hutang Kerajaan Persekutuan meningkat lebih 120%, manakala jumlah jaminan Kerajaan meningkat lebih 240%

๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ:

Perhatikan bahawa dia tak berani beri NILAI kenaikan tetapi peratusan sahaja.
Hutang akhir tahun 2008 sebelum saya jadi PM adalah RM306.4b.
Dalam tempoh 9 tahun itu, ianya naik RM380.4b untuk menjadi RM686.8b pada akhir tahun 2017 – iaitu kenaikan 120% dimaksudkan Tengku Zafrul.
Data ada di sini: https://www.mof.gov.my/…/1.6_Hutang_Kerajaan…
Kenaikan hutang ini merangkumi tempoh negara melawan krisis ekonomi dunia “the great global recession” tahun 2008-2009 dan krisis harga minyak dunia jatuh 80% pada tahun 2014 sehingga 2016.
Sebab ktia uruskan dengan baik, kebanyakan Rakyat tidak terkesan dan tak sedar atau lupa kita pernah menghadapi krisis ini.
Dalam tempoh ini juga, kekayaan negara naik dari RM800b ke RM2 trilion manakala nilai aset dan rizab tunai Khazanah, Petronas, KWAN (yang dikorek PN) turut naik hampir 4 kali ganda (gambar).
Namun, selepas PRU14, hutang sudah naik RM230.6b dari RM686.8b pada akhir tahun 2017 ke RM917.5b pada akhir suku 1 tahun 2021 (dan dijangka cecah RM1 trilion pada akhir tahun ini)
Jadi, yang mana kenaikan pada kadar lagi laju?
a) Kenaikan RM380.4b dalam tempoh 9 tahun?
b) Kenaikan RM230.6b dalam tempoh sejak PRU14? atau
c) Pinjaman baru RM115b dalam tempoh 5 bulan tahun 2021 seperti diperakui Menteri Kewangan PN hari ini?
Jaminan kerajaan yang disebut dia naik 140% pula ialah kenaikan RM140b dalam tempoh 9 tahun saya PM itu dan kebanyakkannya adalah untuk projek-projek infrarakyat jangkamasa panjang seperti ECRL, sambungan LRT1/LRT2/MRT1/MRT2 Pan Borneo highway dan sebagainya yang memberi pulangan ekonomi positif bagi jangka masa panjang.
Ia mampu memberi pulangan untuk lunaskan hutang jangkamasa panjang sebab itu ianya dijadikan jaminan kerajaan – bukan hutang kerajaan.
Namun, kenaikan jaminan kerajaan naik sekitar RM70b dalam tempoh 3 tahun lepas bawah PH dan PN.
โ €
๐Ÿ’ฐ Kita juga ada hutang legasi 1MDB, SRC, SSER berjumlah lebih RM40 bilion. Setakat ini, RM15.5 bilion hutang 1MDB dan SRC sudah dibayar oleh Kerajaan, tetapi masih ada baki hutang (merangkumi prinsipal dan faedah) berjumlah lebih RM42.3 bilion. Bayangkan, jika jumlah hampir RM58 bilion ini dapat digunakan, berapa ramai rakyat yang kita dapat dibantu semasa pandemik ini? Bukan nak mengungkit, tetapi isu ini amat relevan dengan isu hutang negara dan kemampuan fiskal Kerajaan untuk membantu rakyat.โ €

๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ:

Biasanya, apabila “penulis media sosial PH”, Guan Eng atau JKOM PN tertekan dan tidak lagi mampu jawab dengan baik, mereka akan balas saya dengan isu “1MDB”.
Jadi Tengku Zafrul dah macam Guan Eng dah.
Saya pun malas jawab sebab sudah jawab hari itu. Hutang dia mahu sebut tapi dana diperolehi tetapi tidak digunakan untuk lunaskan hutang serta nilai aset 1MDB yang tetinggal serta aset-aset dan rizab lain dibina Najib yang mereka korek dan jarah, dia tak mahu sebut pulak.
(Dari mana PM8 dan kerajaan PN dapat RM600 bilion yang mereka belanja untuk mengaku prihatin? PM8 menabung dari kecil ke?)

Penjelasan dan jumlah aset serta dana yang sudah dikembalikan ada tersenarai dalam jawapan saya pada 26 April lalu: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157850876830952

NAMUN, pertanyaan saya masih sama. Jika kerajaan sudah dapat dana RM115 bilion dalam 5 bulan ini sahaja, kenapa tidak bantu Rakyat dalam PKP 2.0 dan PKP3.0/3.1?

POSTING TENGKU ZAFRUL: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/posts/321101679539585

Najib Razak jawab Tengku Zafrul : Isu Hutang Negara

Najib Razak jawab Tengku Zafrul : Isu Hutang Negara

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Tular Video Individu โ€˜Mengamukโ€™ Depan Menteri KJ di PPV Temujanji Vaksinasi

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker