Fedora Indiana Jones, Cermin Mata Harry Potter dilelong di California

SANTA CLARITA: Fedora yang dipakai watak Indiana Jones dan cermin mata Harry Potter adalah antara 1,200 memorabilia filem dan televisyen yang bakal dilelong di Prop Store, California, Amerika Syarikat.

Reuters memetik kata Pengurus Pemasaran Prop Store, Matt Truex, bahawa acara lelongan itu adalah antara yang terbesar pernah mereka anjurkan, selain mengharapkan sambutan hangat daripada golongan pengumpul.

“Salah satu daripada barangan yang dilelong adalah topi fedora asli bagi watak Indiana Jones yang dipakai oleh aktor Harrison Ford dari filem Indiana Jones and the Temple of Doom. Nilai lelongannya adalah antara AS$250,000 hingga AS$350,000 (RM1,034,700 – RM1,448,600),” kata Truex.
Para pembida boleh melihat katalog penuh barangan yang dilelong itu melalui Zoom dan membuat pembelian secara dalam talian atau telefon.

Antara ratusan barangan menarik lain adalah memorabilia dari filem seperti Terminator 2: Judgment DayStar WarsBatmanElfTop Gun dan The Muppets.

“Kami juga memiliki barangan untuk pengumpul seni komik,” tambah Truex.

Tongkat sakti dan cermin mata Harry Potter, yang pernah dipakai Daniel Radcliffe semasa produksi Harry Potter and the Deathly Hallows, dipercayai menjadi barangan yang paling disukai pembida.

Ini nerupakan kali pertama arkib Warner Brothers melepaskan barangan seperti tongkat dan cermin mata Harry Potter untuk acara lelongan.

Truex berkata, peminat yang memiliki bajet rendah tidak perlu kecewa, kerana ada barangan yang dilelong pada nilai yang berpatutan.

“Kami menawarkan barangan dari serendah ratusan hingga ribuan dolar. Dengan 1,300 item yang kami senaraikan, diharapkan para peminat dan pembida dapat memiliki sesuatu yang mereka inginkan dari filem-filem kegemaran mereka,” kata Truex.-Reuters

Kesan Darah Michael Jackson Dilelong Dengan Harga RM10, 416

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker