[VIDEO] Demi Keselamatan..Bapa Terpaksa Serahkan Tiga Orang Anak Kepada Jiran Sebab…
Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ramzi Yusof berkongsi kisah di mana dia dan keluarga disahkan positif Covid 19. Tambahnya, hanya tiga orang anak yang masih kecil disahkan negatif. Susulan daripada itu, Ramzi memberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya itu terpaksa menetap bersama jiran buat sementara waktu.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak tersebut kelihatan menangis sewaktu hendak berpisah dengan ibu bapa mereka.
Bukan halau korang
Kami empat orang dewasa positif Covid-19. Anak-anak tiga orang negatif Covid. Terpaksa kami lepaskan mereka tinggal bersama jiran. Menangis si abang bila kami letak mereka terus di luar. Kami bukan halau, tapi kami tak nak mereka dijangkiti. Lepas tutup pintu, kami hanya mampu tengok mereka dari dalam rumah sahaja. Jiran datang ambil mereka.
Menurut Ramzi, anaknya yang berusia 10 bulan terpaksa diletakkan di atas lantai depan rumah sewaktu jirannya hendak datang ambil. Meskipun sedih dengan situasi tersebut, Ramzi dan isteri terpaksa akur demi keselamatan anak-anaknya. Jelas Ramzi, jirannya sangat baik dan mereka sudah tawakal untuk menjaga anak-anaknya. Tambah Ramzi lagi, semoga Allah yang mampu membalas jasa baik jirannya itu.
Syukur jiran baik
Di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Pada masa yang sama, mereka memberi pujian buat jiran yang sanggup membantu keluarga Ramzi.-OB
Sumber: Ramzi Yusof