Guru meninggal dunia selepas sesat ketika ‘hiking’ bersama rakan



Sebaran :

TELUPID: Seorang guru lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Hutan Simpan Tawai, di sini, bersama sekumpulan sembilan rakannya pada Sabtu.

Jahir Korotok, 29, dilaporkan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

Terdahulu, kumpulan itu yang memulakan pendakian jam 9 pagi sesat sebelum menghubungi talian kecemasan pada jam 11.40 pagi.



Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, Kapten (PA) Abdullah Sabaruddin, berkata sepasukan anggota dihantar untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan APM Telupid kemudian berjaya menemui kumpulan berkenaan, namun seorang pendaki dilaporkan tidak sedarkan diri di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nuurl Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.06 pagi Ahad untuk menurunkan mangsa tidak sedarkan diri.

“Selepas itu, sepasukan lima anggota bomba dihantar ke lokasi dan memulakan pendakian.



“Sebaik menemui mereka, pemeriksaan awal mendapati lelaki terbabit disyaki sudah meninggal dunia.

“Operasi membawa turun lelaki itu dibuat menggunakan usungan sebelum diserahkan kepada polis. Operasi ditamatkan jam 5.57 pagi tadi (Ahad),” katanya. Awani

Wanita maut jatuh gaung ketika daki bukit di Johor


Sebaran :


Leave a Reply