Makan rasuah, 3 anggota polis ‘dicekup’ SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing pada November tahun lalu.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira 7 malam, semalam.

Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi bagi mendapatkan permohonan reman.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker